Tuesday, February 21, 2012

RESAH

hari ini .. 
fikiranku mula berlegar-legar mencari penyelesaian.
bagaimanakah caranya menghuraikan kekusutan yang melanda diri ini,
makin ingin dilupakan makin kuat pula diri ini memikirkannya,
adakah dengan ideaku bakal menyelesaikannya?
bagiku itulah sahaja jalannya,
tetapi sesuatu tidak akan berlaku tanpa ada persetujuan,

hm..
dugaanku semasa usiaku masih muda,
darah muda yang sentiasa ingin mencuba,
tanpa mengira impak yang bakal diterima,
sentiasa menganggap bahawa semua orang yang di dalam linkunganku tidak sefahaman denganku,
tidak menyokongku, bahkan tidak suka dengan tindakanku,
maka lahirlah cetusan dari ketidakpuasan hatiku,
Allah.... baru ujianMu yang sebegini rupa bagiku amat berat..
bantulah hambaMu yang hina ini .. amin...



gambar sekadar hiasan...

No comments:

Post a Comment