Tuesday, February 28, 2012

PEMAKAIAN NIQAB ( PURDAH )

aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) ada dua pendapat.

pendapat pertama daripada sarjana islam mazhab Hanaf dan Maliki adalah, seluruh badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah adalah aurat.

manakala pendapat kedua pula daripada sarjana islam mazhab Syafii dan Hanbali, seluru badan termasuk wajah adalah aurat dan wajib ditutup.

bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. perinttah menutup aurat ini bukan kerana wajah adalah aurat, tetapi sebab menutup pintu fitnah, tidak dapat dinafikan wajah wanita adalah fitnah besar yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.

cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini adalah memakai hijab yang menutup wajahnya bagi menjaga pandangan lelaki yang fasik dan tidak bermoral.

jangan keliru dengan perkataan hijab dan aurat. hijab adalah jauh berbeza dengan aurat.

aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun daripada pandangan mahramnya sendiri. manakala hijab adalah suatu yang lebih daripada sekadar menutup aurat.

kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil-dalil yang terpeinci mengenai kewajipan berpurdah ini, mohon merujuk kitab Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103- 126.

kesemua dalil-dalil daripada al-Quran dan sunnah juga kenyataan Abu 'Ala Al-Maududi berkenaan kesalahan orang yang mengatakan wanita tidak perlu memakali hijab yang menutup wajahnya, ada dalam kitab itu....

-sumber dari buku Anda bertanya Ustaz Azhar Idrus menjawab berkenaan permasalahan semasa

buku yang ringkas dan padat.. ucapan terima kasih kepada sahabatku Wira Azhar kerana memberi keizinan meminjam buku ini...=)

No comments:

Post a Comment