alhamdulillah...
dapat juga update blog yang xseberapa ni..
alhamdulillah juga kerana semakin dekat dengan final exam..
=D
berfikiran positif.. jangan serabut je memanjang... ( untuk sedapkan hati )
alhamdulillah...
ujian datang dan datang lagi..
mungkin kerana diri ini yang sering lupa..
diperingatkan kembali dengan ujian yang hadir.
syukur kerana diuji.. lagi Allah uji lagi la Allah sayang kat kita..
sudah usaha? gagal?
maka usahalah lagi..
mungkin sebab doa yang tidak mencukupi...
kasi cukup la dulu...
buat yang inginkan jodoh cepat,,
jangan la dok lengah2 kan solat ye..
makin lambat la dapatnye..
banyakkan sedekah..
dan yang paling penting banyakkan doa dan solat sunat terutama hajat..
peringatan buat diri yang alpa ini..
^__^
sempat juga ride ke genting highlands malam tadi walaupun 2 orang rakan terlibat dalam kemalangan semasa menuju ke sana.. kene slow pasni.. kalau sebelum ni 140km/j kene bawak 180km/j jela pasni...
Sunday, September 23, 2012
Monday, August 13, 2012
HB
alhamdulillah..
sempat lagi bernafas nikmat dari Allah..
semakin tua diri ini,
cuma tidak sempat mendaftarkan diri mengundi.. =D
semalam berkesempatan berbuka puasa sekali bersama teman dan rakan,
makan RFC.. favourite utama,.
dan kelmarin juga diri ini sempat berkonvoi ke fraser,
bersama abang2 dari kelab united leperianz..
walaupun tertinggal jauh di belakang kerana tidak berani ataupun jiwa kelajuan.
ride yang terbaru ini sangat memuaskan... Alhamdulillah...
selamat berpuasa semua.. =)

syukran kepada pihak yang memberi hadiah =D
ini baru betul gentleman...
baca dan perhati lalu fahami..
bersama mercu tanda fraser hill..cuba teka saya di mana?
bersama otai2 geng santariazX merangkap united leperianz...
united leperianz.. walaupun baru first time da terasa ukhuwahnya...
sejukkan badan sebentar sebelum meleper lagi...
pemandangan empangan sebelum sampai ke puncak..
Tuesday, August 7, 2012
HAMPIR TIBA
alhamdulillah..
harini kalau tidak silap sudah masuk hari ke 18 kita berpuasa.
lagi beberapa hari lagi kita hendak mengakhiri ramadhan,
ayuh kejar walaupun sedikit usahanya,
kerana usaha yang dinilai olehNya..

wat gapo la disusahkan ye...sekadar renungan..^_^
Thursday, August 2, 2012
TERIMA KASIH
alhamdulillah..
terasa kurang beban di kepala,
semoga esok bakal menyinarkan cahayanya,
terima kasih kerana sudi menolong hamba yang dhaif ini... =D
midterm sebentar nanti.. naik juling mate ni merenung dan menatapnye..subjek tamadun islam by ustazah nazneen..
Monday, July 30, 2012
BARAKAHNYA RAMADHAN
Alhamdulillah,
diberi nikmat lagi walaupun masih bergelumang dengan dosa
tersetting dalam fikiranku ramadhan ini akan menjadi hari yang sangat memenatkan kerana penuh dengan kelas,
tetapi andaian ini meleset sama sekali kerana penat hilang dan semakin aktif pergi ke sana sini,
cuci zaujah ( kenderaan le ) pergi kedai dan sebagainya,
menunjukkan barakahnya ramadhan bagi umat islam,
tambahan dengan sahur yang menjadikan lagi puasa anda bertambah tenaga,
dan kelas multimedia content development yang batal pada pagi ini,
bolehla mengupdate blog sebentar.. dengan muka kegirangan beserta lagu kemenangan,
menjadikan pagi ini serba kesempurnaan,
mengiringi senyuman berwarna kegemilangan. =D
yang penting, sahur sebelum pembuka hari,
seperti sabda baginda,
“Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur.” (Hadith Riwayat Ahmad)

sila baca dengan teliti..
sahur tu buka mata, jangan sahur sambil tidur, xpasal2 tersuap nasi dalam idung.. hehe..
Thursday, July 19, 2012
RAMADHAN DATANG LAGI
Alhamdulillah,,,
semoga sempat kita bersama-sama merasai nikmat ramadhan,
girang gembira hati ini, bulan yang boleh pulun sepuas-puasnya dalam amal ibadat.
tetapi,
hati ini masih sedih mengenangkan berbuka puasa tanpa ibunda tercinta,
digantikan dengan rakan yang memeriahkan iftar itu sendiri,
kelas yang bakal dihadapi semasa puasa,
kita lihat bagaimana nanti.. =D
outing lagi bersama sahabatku wira..berlatar belakangkan tapak pembinaan.
Wednesday, July 18, 2012
RAIKAN SAHAJA
alhamdulillah....
hari ini sempat juga diri ini outing sebentar bersama wira,
saja hendak mencuba DSLR barunye,
bersemangat sang wira tatkala menyentuh kamera idamannya.
aksi wira merakam detik-detik indah,,
menjadi model berlatar belakangkan dataran.,
Monday, July 16, 2012
REZEKI ALLAH BAGI
Minggu ini penulis berkesempatan keluar rehlah bersama rakan2.
aktiviti mancing.. sangat memuaskan..
banyak kejadian2 aneh yang berlaku semasa di sana,
antaranya ada rakan yang terjatuh kolam,
orang lain tergelincir kolam selepas itu,
ikan timbul depan mata,
ikan lompat seakan-akan dolphin,
dan dapat ikan 2 eko.
hehe..
bersama ikan jenahak..
ikan jenahak 3 rase... memang terbaik...
sepanjang perjalanan pulang puas kami "membahan" kawan.. kesian die..
tapi itulah warna warni kehidupan,
yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dibuang jauh, yang lawak digelak sama..
=)
kelmarin juga rakan penulis (adnan) memberi mesej yang berupa unsur-unsur berbaur bakar..
atau dikenali juga dengan ayat yang buat orang terbakar..
soalannya,,,
"aku dah jen, ko bile lagi? best jen.. ko nak aku jadi saksi ko ke nanti?hehe..."
"ko ade bau hangit tak jen?"
penulis akui memang terbakar..sampai hangit yang tidak terhingga,,
seakan menyucuk jiwa raga..
tidak mengapa nan.. masa itu akan tiba... insyaAllah....
(didekasikan buat sahabatku adnan )
gambar semasa form 3 di SAMSED.. adnan (kanan sekali) dulu tembam..tapi sekarang matang...
:: ilalliqa' ::
=D
Tuesday, July 10, 2012
NAMA SAYA KETENANGAN
alhamdulillah.. nikmat nafas yang Allah bagi..
banyak yang tanya, "ma makna razin?" razin bimakna ketenangan..
hati mesti tenang walau pikiran serabut memikir..
senyum..=D
semalam sempat guru besar (ustaz romizi) datang ke hostel kuis yang mahal ini. (mahal oo..)

dengan tujuan hal sekolah,
selepas menyiapkan hal tersebut timbul gurauan tentang perkahwinan.
antara pesannya, "tidak lari gunung dikejar" perkataan yang jemu didengar bagi warga muda.
tetapi, pengalamannya sebagai orang yang lebih tua banyak benarnya..
"dunia semakin dikejar, semakin hilang, akhirat semakin dikejar, semakin datang dan dekat dia dengan kita.." =D
pesanan yang sangat berguna,..terima kasih ustaz atas kesudian menolong...
Tuesday, June 26, 2012
BERJAYA JUA
baru sahaja sebentar tadi penulis berjaya memulakan sem ini dengan senaman ala2 fitnest di gymnasium.
alhamdulillah..
terasa terbakar lemak-lemak di perut.hehe... kurus balik pasni.
petang tadi sekali lagi penulis berpeluang menunggu bersama sahabat sejati iaitu wira.
menunggu ape?
menunggu KJ la.. ape lagi..
dekat sejam baru wira berpeluang berjumpa dengannya..
sekadar berkongsi cerita.
penulis sabar menunggu walaupun perut semakin tersejat kerana belum diisi.. termenung memikirkan hajat di hati =)
sang wira sangat ketakutan untuk berjumpe dengan KJ kesayangan merangkap mentor kerana ketegasan beliau..
gambar terbaru penulis yang baru selesai bertungkus lumuh menghapuskan lemak terkumpul.
Monday, June 25, 2012
MAKAN SAHAJA
sem ini makin berisi katenye..
aduh..
gemuk kan lambang kekuatan dan lambang kebahagiaan..
hehe..
dari pagi
makan
petang
makan
malam
lagi wajib makan
tengah malam
makan walaupun sedikit
ingat sem ni niat di hati nak berjoging dan pergi gym
tapi terbantut niat
kasut dah hilang
tunggu sem depan baru azam niat nak kurus
sem ni makan selagi bole
Allah...xle2...
kurus2..
kene tough sem ni..
semenjak zaujah demam.. bukan isteri ye.. motor..
da xsemangat nak p kelas..
tapi ku gagahi jua.
moga Allah ringankan bebanku...
amin~~~
gelagat aizal dalam dilema memilih joran petang tadi bersama penulis.. selepas ini sy akan pergi lagi ke tempat ni.. rambang mata.. banyak perkakas mancing..
Friday, June 22, 2012
RASA KOSONG..KOSONG.. OH..
alhamdulillah..
arini selesai juga proses meng "add drop"..
walaupun telah diberi masa 2 minggu, dan hari ini merupakan hari terakhir untuk add..
hehe.. last2 minute baru syok..
pelbagai halangan ditempuh, termasuklah merentas hutan, halangan berduri, dan lain-lain..
mende ni..
halangan terbesar yang ditempuh selama beberapa hari ialah mendapatkan tandatangan KJ.. bukan khairi jamaludin le.. ketua jabatan sebenarnya.
dengan kesibukan KJ yang terlampau sehinggakan najib pon jelez dengan kesibukannya....
"Allah mudahkan urusanku.."
setelah KJ balik mengejut sebentar tadi. perasaan hampa dan tertekan membunuh diri.
(metafora sikit..)
tiba-tiba mentor yang amat ana sayangi iaitu ustazah saadah lalu dihadapan ana..
dia memberikan cadangan supaya berjumpa dengan mana-mana dekan untuk meminta cop.
dan alhamdulillah rancangn tersebut berjaya..
dan seterusnya borang itu berjaya diserahkan dengan jayanya ke tangan pihak seksyen rekod..
selepas ini boleh la bergembira menikmati alam semesta..
p/s: terpengaruh dengan lagu najwa latif.. kosong.. =D
tasik kuis amat menenangkan fikiran di waktu malam.. bersama kuaci di tangan.. sangat memuaskan.
Monday, June 18, 2012
ANAK ANUGERAH ILAHI
Pada hari sabtu yang lepas, penulis berkesempatan mengikuti rombongan sekolah sebagai guru pengiring..
murid yang menyertainya terdiri daripada darjah 1,2,dan 3.
sebanyak 3 buah bas telah ditempah dan perjalanan bermula dari melawat kilang dominos pizza,kilang coklat, kilang rumput gandum dan muzium TUDM.
walaupun hanya menjadi guru pengiring tetapi ibarat menjadi bapa kepada semua murid.
semua tanggungjawab digalas oleh guru dan pelbagai amanat yang diberikan kepada diri ini daripada ibu bapa yang turut hadir seawal pagi untuk menghantar anak mereka.
"tolong jaga anak saya ye ustaz.. die ni nakal.."
sampai sahaja di sana pelbagai kerenah murid-murid ni..
tidak mengapa, sebagai persediaan dalam menghadapi situasi menjaga anak sendiri. =)
sekadar cerita biasa...
di muzium TUDM.. berebut murid nak bergambar dengan artis.. hehe..
senyum.... =)
bersama anak murid kesayangan.. nur qasrina..
murid yang dihadapan saya berposing peace tu mempunyai masalah yang pelik iaitu suka mencium jaket saya,, hehe,,
Saturday, June 16, 2012
SEMANGAT SEMULA
semalam penulis berkesempatan untuk bersama adik-adik sekolah menengah teknik gombak bagi membantu fasilitator yang diketuai oleh abg aizat selaku pengarah alumni SEMTEG.
terasa cepat masa meninggalkan diri ini. sedar tidak sedar sudah 4 tahun penulis meninggalkan teknik.
soalan yang diajukan oleh fasi yang laen.. " bila nak kawen?"
soalan yang biasanya ditujukan kepada mereka yang muka matang tetapi belum mengorak langkah ke arah gerbang perkahwinan.
insyaAllah.. bila tiba masanya akan ku tunaikan sunah yang amat dituntut itu... =)
dari kejuteraan awam ke bidang usuluddin..
amat berbeza..
nikmat yang Allah beri kepadaku..
amat ku syukuri..
insyaAllah sem ini akan ku berusaha sedaya upaya.

bersama sebahagian ALUMNI yang hadir..
bersama adik taufiq..menerima hadiah penghargaan..terharu...hehe..
ait... mende ni... hoho..
Saturday, March 17, 2012
SUDAH HABIS RUPANYA
alhamdulillah...
syukur kepada Allah..
dapat juga diriku ini menghabiskan final sem ..
penat lelah semasa sem ini..
hari ini kelihatan ramainya orang beransur pulang..
tetapi apakan daya,
semangat balik kampung dalam diriku tidak menebal
terasa sama sahaja jika balik ataupun tidak..
kerana rumah yang dekat sahaja.
sedar tidak sedar sudah abis sem ni..
maka..
boleh la qada' mancing puas-puas...
nelayan full time.. hehe..
rekod terbesar..haruan bersaiz curut..hehe..
ramainye rakan-rakan di luar di sana yang telah dan bakal mendirikan rumah tangga,,
xpa...rezeki depa...
buat yang belum, check list dulu amalan hangpa.. kalau setakat ON OFF bek muhasabah diri dulu,
termasuk diriku ini...
Sunday, March 11, 2012
PUJUKLAH HATI ANDA
hati ini terasa tidak tenang..
setiap kali memikir masalah demi masalah..
tapi..
hati ini juga yang memujuk..
gunakan zikrullah sebagai cara yang paling mudah..
tidak perlu bunuh diri, mabuk atau sebagainya..
ngadu pdNya..
jadikan nasihat seseorang sebagai perintis dalam perubahan,
sedia melakukan perubahan demi kebaikan,
tidak perlu masa yang lama dan sesuai untuk menjadi terbaik,
kerana orang lain ataupun kawan menjadi cermin kepada kita,
mungkin sahaja kita tidak nampak dengan apa yang kita buat,
baik ka, ataupun sebaliknya,
buka minda, lapangkannya, cerahkan dengan pengetahuan pencetus idea pemantapan diri
walaupun kadang2 terasa rintihan tidak didengari.
mungkin kita terasa sudah cukup mengadu dan berdoa,
lalu berputus asa dalam mengharap bantuanNya..
tapi,
sedarkah kalian..
Allah suka dengan pujuk rayu serta harapan ..
jadi,
teruskan usaha, bukan mengeluh lalu berputus asa
mukmin sejati sentiasa mengadu dan mengadu kepadaNya tanpa mengenal penat lelah,
walaupun dugaan yang datang..
muhasabah buat diriku yang sentiasa lemah dalam menghadapi dugaan
mati dan hidupku hanya kepadamu Ya Allah.....
p/s : cinta manusia kadangkala membawa bahagia, kadang kala membawa derita,
cinta Allah cinta hakiki, dan selamanya hidup bahagia...
hati yang tenang membawa kepada fikiran yang sentiasa positif.. pastikan diri anda dan diri ini diservis setiap masa dengan majlis ilmu dan ingatan kepadaNya...
Saturday, March 10, 2012
SEMAKIN JAUH ATAU DEKAT
Alhamdulillah...
masih diberi nikmat oleh Allah....
begitu sukar untuk menerima apa yang dirancang tidak menjadi...
ramai manusia yang kecundang ketika menghadapi situasi begini rupa..
tetapi ingatlah.. kesabaranmu diuji bukan ketika kamu puas mengamuk, menjerit, menangis serta menyumpah seranah...
tetapi,
kesabaranmu diuji dari detik bermulanya ujian tersebut..
ingatlah.. apa yang berlaku ada sebab yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar..
dan berpegang dengan hikmah dari perkara tersebut...
peringatan bersama terutama diriku yang sering terlupa ini...
biarlah..
jangan dikenang..
dan jangan diingat-ingat sampai terbawa di dalam mimpi..
tabahkan hati..
kuatkan iman..
hanya Allah tempat yang sepatutnya dan berhak untuk kita luahkan apa yang terbuku di hati..
tanamkan sifat malu dalam diri..malu dengan dosa yang telah kita buat di dunia pinjaman dari Allah yang Maha Pemurah.. ( gambar sekadar hiasan.. kalau time makan jangan malu2 pula ye..hehe.. )
Thursday, March 8, 2012
SIKIT LAGI
Alhamdulillah... diberi kesempatan sebentar..
lagi beberapa hari akan sampai ke penghujungnya..
apa dia yang penghujungnya?
rupa-rupanya dah nak berakhir sem ni..
tinggal lagi 4 paper nak lalui..
fuh... tiap hari diisi dengan bersukan..
tanpa menghiraukan exam yang makin dekat.. hehe..
biasela... last minute baru best.. baru mencabar...
=)
perancangan apakah yang molek dilakukan cuti ini...
insyaAllah.. moga perancanganku dipermudahkan...
doa kalian diperlukan...
amin...
keluarga bahagia hati gembira.. =)
Friday, March 2, 2012
BERSEDIA KEMBALI..
Alhamdulillah.. masih diberi nikmat hidup oleh Pencipta kita Allah Subhanahu Wata'ala,,,
musim final senantiasa ditungu-tunggu..
kerana selepas selesainya final tersebut maka dengan rasminya cuti panjang akan berlansung dengan jayanya.. hehe..
insyaAllah diri ini akan berbakti kepada sekolah yang menjadi asas minatnya belajar dan mengajar...
ya Allah.. permudahkanlah segala urusanku..
terfikir sejenak siapakah yang bakal menjadi anak murid kesayanganku.. hehe.. =)

kenangan di KAFA integrasi Kg. Lindungan...
Tuesday, February 28, 2012
PEMAKAIAN NIQAB ( PURDAH )
aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) ada dua pendapat.
pendapat pertama daripada sarjana islam mazhab Hanaf dan Maliki adalah, seluruh badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah adalah aurat.
manakala pendapat kedua pula daripada sarjana islam mazhab Syafii dan Hanbali, seluru badan termasuk wajah adalah aurat dan wajib ditutup.
bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. perinttah menutup aurat ini bukan kerana wajah adalah aurat, tetapi sebab menutup pintu fitnah, tidak dapat dinafikan wajah wanita adalah fitnah besar yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.
cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini adalah memakai hijab yang menutup wajahnya bagi menjaga pandangan lelaki yang fasik dan tidak bermoral.
jangan keliru dengan perkataan hijab dan aurat. hijab adalah jauh berbeza dengan aurat.
aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun daripada pandangan mahramnya sendiri. manakala hijab adalah suatu yang lebih daripada sekadar menutup aurat.
kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil-dalil yang terpeinci mengenai kewajipan berpurdah ini, mohon merujuk kitab Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103- 126.
kesemua dalil-dalil daripada al-Quran dan sunnah juga kenyataan Abu 'Ala Al-Maududi berkenaan kesalahan orang yang mengatakan wanita tidak perlu memakali hijab yang menutup wajahnya, ada dalam kitab itu....
-sumber dari buku Anda bertanya Ustaz Azhar Idrus menjawab berkenaan permasalahan semasa

buku yang ringkas dan padat.. ucapan terima kasih kepada sahabatku Wira Azhar kerana memberi keizinan meminjam buku ini...=)
Monday, February 27, 2012
Wednesday, February 22, 2012
KESERABUTAN
Alhamdulillah..
segala puji bagiNya..
segala ujian yang mendatang menjadikan kita semakin maju ke hadapan jika kena dengan caranya..
satu yang diriku pegang sehingga sekarang..
"jangan kamu berkata kamu sudah beriman kalau kamu belum diuji"
yang penting...
senyum... dan zikir kepadaNya..
Subhanallah....
Alhamdulillah..
Allahuakbar..
senyumlah dalam apa jua keadaan... =)
PETIKAN ILUVISLAM
Alhamdulillah, sekarang penulis sedang cuti semester. Walaupun cuti, penulis tetap sibuk dengan hal-hal yang lain tetapi ianya tidak menghalang bagi penulis untuk berkongsi dengan rakan-rakan mengenai ilmu yang sedikit ini.
Semoga dengan perkongsian ini dapat dikira sebagai amal dihadapan Allah S.W.T kelak.
Itulah yang paling penting yakni melakukan sesuatu semata-mata kerana nak beribadah kepada Allah S.W.T.
Yang sukakan perkembangan fesyen terkini pula (terutamanya tertumpu kepada kaum-kaum hawa) pun sama seperti yang sibuk dengan bolanya iaitu menjadikan topik utama perbualan mereka dan macam-macam lagi. Itulah dinamakan lumrah dalam kehidupan manusia.
Apa yang penulis cuba kongsikan di sini bukannya mengenai perkembangan bola dan fesyen tetapi ada lagi satu topik atau isu yang penulis rasakan sangat-sangat penting, dari dulu hingga sekarang, tiada penghabisannya sehinggalah kiamat. Kerana apa penulis katakan penting?
Mesti ada sebabnya, bukan?
Sebab utama bagi penulis ialah ianya melibatkan "hati". Hidup mati seseorang itu berdasarkan hatinya. Sesuailah dengan apa yang idola kita sabdakan yakni nabi Muhammad S.A.W:
" Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumbal daging. Apabila ia baik jadi baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk, buruklah semuanya. Ketahuilah ia adalah hati."
Topik yang penulis maksudkan disini adalah "cinta". Bila bercakap saja tentang cinta, penulis dapat bayangkan bahawa mesti lebih daripada 70% apa yang terfikir diminda pembaca adalah "hubungan cinta lelaki dan perempuan yang halal dikahwini, bukan?" atau lebih sinonim dengan "couple".
Memang tidak dapat dinafikan lagi, berbahas mengenai isu ini memang menarik. Teringat penulis ketika masih bergelar pelajar diploma, dalam satu usrah mingguan di mana rata-rata rakan-rakan penulis ketika itu rasa mengantuk sangat dengar pengisian yang disampaikan oleh naqib kami tetapi apabila berbincang mengenai isu walimah atau perkahwinan semua rakan-rakan penulis seumpama baru bangun dari tidur yang panjang. Semua fokus dan tersenyum panjang lebar saja. Masya-Allah hebatkan kuasa tentang cinta ini.
Berbicara tentang cinta ini skopnya sangat luas. Banyak perkara yang boleh diperbincangkan dan dipersoalkan. Penulis akan kecilkan skop perkongsian penulis dengan pembaca. Penulis merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda, baru menamatkan satu semester pengajian disebuah universiti tempatan. Apabila pelajar baru. Maka, ramailah kenalan-kenalan yang masih belum kita kenal. Apabila tidak kenal. Maka, kita ada keinginan mahu berkenalan, bukan?
Yang lelaki mahu kenal dengan perempuannya, yang perempuan pula mahu juga kenal dengan lelakinya. Apabila ternampak mawar atau kumbang itu lebih cantik atau tampan dari yang lain maka mulalah muji-memujinya. Itu adalah lumrah yang biasa dalam kehidupan seharian manusia kerana manusia ini sangat sukakan perkara-perkara yang sejuk mata memandang.
Berbalik kepada tadi, pelajar yang lebih nakal dan ekstrem, mereka akan mula melangkah setapak kehadapan iaitu berkenal-kenalan dengan lebih dekat saban hari sehingga terjadilah budaya "couple" di kampus. Dari tanya hal pelajaran sehinggalah ke hal peribadi.
"Hari ni awak dah study subjek apanya ya? Tup..tup..tup... " Kenapa sejak-sejak ini, saya selalu ingatkan awak?" dan sebagianya.
Perkara seperti ini, bukan terjadi pada seorang malah lebih dari itu. Seolah-oleh cinta sebelum kahwin ini dihalalkan pula di dalam agama kita yakni Islam. Dan macam-macam kerenah lain yang penulis rasa tidak perlu dihuraikan di sini. Jika pembaca seorang pelajar ataupun pekerja perkara seperti ini tetap akan berlaku dipersekitaran anda.
Jadi kita boleh melihatnya dengan sendiri. Sepanjang semester yang lalu, itulah yang penulis selalu perhatikan. Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua terutamanya penulis dari terjebak dengan cinta sebelum kahwin ini, Insya-Allah.
Sekarang barulah penulis masukkan topik atau tajuk sebenar dan utama penulis iaitu fokus kepada pembaca yang sudah pun berpunya dan masih belajar atau bekerja. Di sini, penulis akan sertakan beberapa tips yang penulis rasakan berguna kepada kita terutamanya kepada yang sudah berpunya.
Tip-tip ini penulis perolehi hasil dari pembacaan penulis dari sebuah buku yang suatu ketika dahulu penulis sangat-sangat tercari-carinya iaitu "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa". Sebuah buku karangan Mardiana Mat Ishak keluaran PTS. Untuk makluman pembaca, penulis gemar buku-buku keluaran PTS.
Tip-tip yang penulis maksudkan adalah :
1. Sekiranya boleh disegarakan perkhawinan itu, segerakanlah.
Ini merupakan kaedah yang paling dikehendaki oleh syarak dan syariat dan sangat berkesan iaitu berkahwin. Dengan perkhawinan ianya dapat menghalalkan 1001 tiket, semuanya boleh. Minta keizinan dan restu daripada ibu bapa dan nyatakan hasrat murni ini dengan sehikmah yang mungkin.
Sediakan rancangan atau pelan anda dan juga pasangan dalam urusan berkahwin ketika belajar. Tetapi perlu diingatkan, sebelum kita menyuarakan hasrat kita hendak berkahwin perlulah kita muhasabah diri terlebih dahulu atau membuat checklist terhadap diri kita dan juga pasangan kita supaya ibu bapa kita ada rasa keyakinan terhadap keputusan yang kita ambil ini. Pertama-tama sekali adalah tanya pada diri sendiri:
i. Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
ii. Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
iii. Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
iv. Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
v. Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma'thurat) seperti Rasullullah?
vi. Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
vii. Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
Senarai semak hubungan dengan Allah S.W.T ini baru sahaja sebahagian dan masih terdapat banyak lagi pertanyaan yang lain tetapi penulis tidak mahu fokus kepada itu. Sekiranya jawapan negatif yang lebih banyak berbanding jawapan positif, perbaikilah hubungan kita dengan Allah S.W.T terlebih dahulu. Usah menyalahkan Allah S.W.T sekiranya kita bermasalah dalam hubungan kita dengan pasangan kerana sebenarnya kita bermasalah dengan Allah S.W.T.
Penulis akui memang berat bagi sesetengah individu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin ketika belajar tambah-tambah lagi pelajar berkenaan masih cetek dari segi ilmu-ilmu spiritual, intelektual dan material dan masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak berkeyakinan untuk membenarkan anak-anak mereka berkahwin seusia muda kerana bimbang pelajaran, kewangan dan sebagainya akan terjejas.
Dengan fikiran yang sebegitu, ibu bapa lebih rela melihat anak-anak mereka di bawa kehulu dan kehilir tanpa ada apa-apa ikatan yang sah. Maka, budaya couple semakin berluas-luasa, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kita kena ingat, wanita yang masih belum berkahwin, setiap tindak-tanduknya ibu bapalah yang akan mendapat dosanya. Tidakkah kita kesiankan ibu bapa kita. Kerana kita mereka terhalang dari masuk syurga Allah S.W.T. Fikirkanlah.
2. Sekiranya mahukan ikatan yang sah, pilih nikah Khitbah.
Altenatif kedua yang kita boleh ambil adalah melalui nikah khitbah. Nikah khitbah ini adalah menarik bagi penulis. Kahwin jenis ini adalah pasangan tersebut bernikah tetapi dibolehkan tinggal secara berasingan (sepanjang tempoh pengajian). Istilah dalam bahasa melayu dikenali sebagai 'nikah gantung'.
Yang manisnya atau kelebihan kahwin macam ini banyak manfaatnya terutama mendapat redai Allah S.W.T. Pasangan boleh belajar bersama-sama, keluar bersama-sama tanpa ada rasa segan silu dan bersalah kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan rakan-rakan.
Bebas untuk berpegangan tangan dan sebagainya malah setiap apa yang dilakukan mendapat pahala di sisi Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut. Menarik lagi, dapat jalani kehidupan yang sah dan diberkati dalam "couple" dan sentiasa komited bagi berjaya dalam pelajaran.
Nikah khitbah ini ada terjadi kepada salah sorang rakan penulis. Memang penulis akui sangat cemburui akan mereka. Kenapa tidaknya, mereka bebas untuk berjalan bersama-sama, bermesra dan sebagainya. Masa tempoh belajar memang mereka tinggal berasingan. Yang menarik bagi penulis, tamat saja tempoh pengajian diploma lebih kurang tiga bulan, penulis dapat berita zaujah (isteri) dia sudah mengandung anak sulung mereka. Alhamdulllah. Mungkin sekarang sedang menunggu kehadiran insan baru dalam hidup rumah tangga mereka. Maniskan, insyaAllah.
3. Sekiranya tidak diizinkan berkahwin juga, jaga batas pergaulan.
Perkara inilah yang paling berat untuk dijaga. Ramai remaja-remaja sebaya penulis diluar sana yang sudah berpunya tetapi tidak dapat untuk menjaga pergaulan, pembaca sendiri dapat melihatnya. Apa pun, penulis tetap berharap dan berdoa agar rakan-rakan yang sudah berpunya itu dapat elakkan berjumpa dengan pasangan secara berdua-duaan dan dapat kurangkan berhubung sekiranya tiada urusan yang penting.
Letakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya. Ingat, setiap tindakan kita dan pasangan kita dapat memberi kesan kepada masa sekarang dan memberi kesan kepada perkhawinan kita kelak. Ingat, matlamat membina rumah tangga muslim yang sejati dan diredai juga bergantung kepada diri kita sendiri.
Teringat penulis semasa semester akhir diploma, ada sorang kawan baik penulis sudi kongsi ceritanya. Ceritanya itu berlaku kepada kawannya. sangat sedih dan tambah-tambah lagi berlaku kepada seakidah dan seagama dengan penulis.
Mereka berkahwin atas dasar cinta dan juga kerana mereka terlanjur sehinggakan wanita tersebut mengandung. Berkahwin tidak sampai sebulan kemudian wanita tersebut diceraikan talak tiga. Wanita tersebut diceraikan talak tiga. Nauzubillahiminzalik, mintalah kita dijauhkan dengan perkara sedemikian.
Apa yang pembaca rasa apabila wanita tersebut adalah diri pembaca. Tidak mungkin pembaca tidak rasa apa-apa. Tidak mungkin. Penulis dapat rasakan bercinta sebelum kahwin lebih banyak keburukkan berbanding kebaikan. Tambah-tambah cinta atas dasar seks. Penulis tidak mahu bahaskan isu kebaikkan dan keburukkan bercinta sebelum kahwin di sini, insya-Allah mungkin di sesi yang lain.
Penulis berharap dengan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membuka minda dan fikiran kita. Insya-Allah. Penulis sarankan yang sudah bercinta itu ikutlah sedikit sebanyak panduan yang telah diberikan ini. Pilihlah antara satu dari tiga kaedah yang disarankan, kalau ada yang lebih baik lagi bagus.
Pembaca yang sedang bercinta perlu ingat, setiap tindakan akan memberi kesan kepada pembaca dan pasangan pada masa sekarang dan juga akan datang. Ingatlah, jangan disebabkan cinta manusia yang tidak halal memudahkan kita menuju ke neraka Allah S.W.T. Nauzubillahiminzalik.
- Artikel iluvislam.com
Semoga dengan perkongsian ini dapat dikira sebagai amal dihadapan Allah S.W.T kelak.
Itulah yang paling penting yakni melakukan sesuatu semata-mata kerana nak beribadah kepada Allah S.W.T.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (surah Az-Zariyat : 56)
Manusia memang gemar apabila berbual mengenai isu-isu yang mereka suka sehinggakan berbual berjam-jam lamanya tanpa mereka sedari, janji apa yang mereka bualkan itu dapat memberikan kepuasan kepada diri mereka. Yang sibuk dengan bolanya, akan selalu bahaskan mengenai perkembangan bolanya.Yang sukakan perkembangan fesyen terkini pula (terutamanya tertumpu kepada kaum-kaum hawa) pun sama seperti yang sibuk dengan bolanya iaitu menjadikan topik utama perbualan mereka dan macam-macam lagi. Itulah dinamakan lumrah dalam kehidupan manusia.

PERINGATAN BERSAMA
"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? "
" Maybe kot. Try search kat google.."
" Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni.."
" Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid.."
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Kita makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.
PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai 'bab orang perempuan' yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
" Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! "
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.
Sekian.- Artikel iluvislam.com
Tuesday, February 21, 2012
RESAH
hari ini ..
fikiranku mula berlegar-legar mencari penyelesaian.
bagaimanakah caranya menghuraikan kekusutan yang melanda diri ini,
makin ingin dilupakan makin kuat pula diri ini memikirkannya,
adakah dengan ideaku bakal menyelesaikannya?
bagiku itulah sahaja jalannya,
tetapi sesuatu tidak akan berlaku tanpa ada persetujuan,
hm..
dugaanku semasa usiaku masih muda,
darah muda yang sentiasa ingin mencuba,
tanpa mengira impak yang bakal diterima,
sentiasa menganggap bahawa semua orang yang di dalam linkunganku tidak sefahaman denganku,
tidak menyokongku, bahkan tidak suka dengan tindakanku,
maka lahirlah cetusan dari ketidakpuasan hatiku,
Allah.... baru ujianMu yang sebegini rupa bagiku amat berat..
bantulah hambaMu yang hina ini .. amin...
gambar sekadar hiasan...
LUARAN TENANG TETAPI . . .
kebanyakan kita melihat umat islam pada zaman sekarang kurang senyum...
tetapi sedarkah kalian bahawa senyum adalah sunnah Rasulullah s.a.w?
kita mungkin menganggap bahawa senyum adalah perkara yang remeh.
tiada faedah.
bagi pandangan muallif senyum memberikan 1001 makna..
ada senyum ikhlas, senyum malu, senyum sorang-sorang dan sebagainya...
banyak bukan?
bagi pandangan muallif lagi senyum kepada orang yang sedang marah membuatkan padamnya api kemarahan seseorang itu,
senyum juga menyejukkan mata yang memandang..
muallif juga melatih diri supaya tersenyum..
situasi paling dekat ialah ketika muallif sedang belajar di dalam kelas..
ketika soalan diajukan oleh pensyarah kepada muallif,
walaupun muallif tidak mengetahui jawapannya, tetapi muallif masih tersenyum dengan perasaan yang "slumber"
sehingga ditegur oleh pensyarah,
"ustazah suka tanya si razin ni sbb die suke senyum.."
muallif juga pernah ditegur oleh rakan-rakan..
"razin tu senyum je.. macam tiada masalah.. "
tetapi di hati tiada siapa yang tahu... bisik hati muallif...
hebat bukan impak dari senyum?
walau sesibuk manapun kita,
dan setension mana...
ketika senang dan susah..
sentiasalah tersenyum..
senyum dengan ibu bapa pun bole...
mana la tau dapat "BODEK" depa ka....
hehe.....
jadi..
sama-sama la kita senyum...
da ade baby sendiri nanti bolehla ajar dia senyum macam ni... (",)
Wednesday, February 15, 2012
SEDAR ATAU TIDAK?
Alhamdulillah..
diri ini masih diberi nikmat hidup..
sedar tidak sedar sudah hari rabu.. begitu cepat masa berlalu,
banyak aktiviti tergendala,
nak mancing pon xsempat.. hehe..
tapi tidak mengapa,,
bekorban sekarang lagi bermakna,
sekurangnya masa muda digunakan untuk berjihad di bumi Allah..
insyaAllah..
masa muda la nak buat perkara yang orang tua-tua kata "keje gila"
gila tapi ada manfaatnya,
pengalaman muallif bersama otai2 pancing menuju ke sebuah lokasi pancing baru2 ini.. 1st time memakai sun block..
gambar yang dikenang kembali.. penat lelah menyiapkannya..
subjek 3D animation yang sangat best...
wallahua'llam...
Subscribe to:
Posts (Atom)