Wednesday, December 30, 2009

MAKNA ISTERI YANG SOLEHAH....






Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Izinkan ana kongsi sedikit rencana dari majalah yang pernah ana baca untuk renungan bersama.

Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.

Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.

Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman.

Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.

Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.

Wallahualam. .
semoga institusi keluarga islam menjadi lebih kukuh dengan ikatan ukhuwah yang lahir dari Penciptanya... (",)

Monday, December 28, 2009

HUKUM BERPURDAH...

Alhamdulilah..

Pemakaian purdah ataupun nama lainnya ialah Niqab adalah perkara yang didalamnya terdapat khilaf dikalangan Ulama.Khilaf ini dikenali dengan nama Khilaf yang Muktabar.Khilaf yang muktabar ialah khilaf yang berlaku antara ahli ilmu yang mereka semua mempunyai dalil yang diterima di sisi kaedah penghujahan syarak atau perkara yang tiada dalil yang jelas mengenainya, atau mereka berbeza pendapat kerana ketidakjelasan dalil. Maka hukuman yang diputuskan fuqaha dalam masalah tersebut bersifat ijtihadiyyah.

Majoriti Imam mazhab, termasuklah Imam mazhab fiqh yang empat, dan yang lainnya juga - berpendapat bahawa seseorang wanita itu tidak diwajibkan menutup muka dan juga tangan. Akan tetapi, ada golongan sarjana/ulama, yang majoriti mereka daripada mazhab Hanbali, mengajar supaya wanita mestilah menutup muka(berpurdah) dan juga tangan.

Di zaman ini, antara ulama yang menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. ( mufti Saudi yang telah meninggal ) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh para ulama di Saudi. Sebelum itu ‘Abu al-‘Ala al-Maududi r.h. dalam bukunya al-Hijab juga menegaskan akan hal berpurdah ini.
Sementara yang menyatakan wajah wanita yang bukan aurat ialah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya al-Niqab li al-Marah”,dan al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang terakhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaitu Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.


Sarjana Islam terkemuka, Sheikh Iqbal Nadvi, Imam Masjid Calgary, Alberta, Kanada, dan bekas Profesor di Universiti King Saud, Arab Saudi, berkata:

Isu niqab (menutup seluruh badan termasuk muka dan tangan) adalah syarat asas dalam pemakaian hijab (pakaian wanita Islam) dalam satu mazhab, manakala niqab itu adalah bahagian yang digalakkan (disunatkan) dalam pemakaian hijab bagi mazhab lain. Tetapi apa yang telah disepakati oleh para ulama mazhab ialah menanggalkan niqab/tidak memakai niqab (iaitu dengan mendedahkan muka) atas sebab-sebab yang tulen/sebab yang bukan dibuat-buat, seperti untuk tujuan pengenalan diri dan perubatan.


justeru itu, tidak wajar untuk seseorang berkeras menganggap munkar apabila melihat seorang muslimah berpegang dengan mana-mana pendapat dalam hal ini. Namun perbincangan dan perbahasan secara ilmiah untuk mencari pendapat yang lebih rajih adalah dialu-alukan dan digalakkan.
Sehubungan itu,tidak wajarlah kita memperlekehkan atau menganggap 'TIDAK BERFAEDAH' seorang muslimah itu,apabila tidak istiqomah dalam pemakaian purdah.Lagi-lagi apabila muslimah itu hanya buka apabila berada di kelas/kuliah yang memerlukan mereka membuka niqab tersebut.Hormatilah muslimah-muslimah ini yang cuba melaksanakan sesuatu yang beliau faham dan berpegang pada salah satu pandangan ulama ini.Semua ini mereka lakukan semata-mata utk mendapat keredhaan Allah.bersangka baik itu adalah salah satu ciri orang yang beriman.


WaAllahualam...

#untuk bacaan lengkap sila baca kitab fatwa mauasirah,oleh Al-Imam Yusuf Al-Qardhawi.


minggu ini ana dilanda dengan final test . . makin pening ana sbb xprepair sangat..huhu..
dugaan...
ana habis exam pon 4.1.2009....
smoge imtihan kali ini menjadi titik yang paling manis pada ana...amin....

Wednesday, December 23, 2009

KATA HIKMAH DARI LECTURER ECO..

Dibacakan oleh miss lin malam tadi....


berjalanlah dengan penuh harapan
walau hidup ini tidak selalu bahagia
sedekahlah satu senyuman
walau di hatimu tidak lagi tertahan
belajarlah memaafkan kalau dirimu terluka
berhati2 lah memberi alasan walau ini menyatakan kebenaran
hiduplah dalam iman walau diri penuh kegelapan
dan berpeganglah pada Allah walau tidak kelihatan
bukti dan kasihnya kita wujud di dunia ini....




sungguh mendalam maksud nya... (",)



ini la ijat kawan ana yang pindah di kuin...kami gelar die raju jat2 ..hehe..


suasana sebelum ijat balik ke rumah..perjumpaan terakhir.. sdey sume...





Tuesday, December 22, 2009

HUTANGKU PADA IBU...

kekadang terasa ditusuk rasa nan gelisah
pada wajahmu yang menanggung resah
laut keringatmu yang membanting tenaga
dan getir mujahadahmu di kelelahan jiwa
dari buaianku hinggalah dewasa

kini aku terpaku dalam lelah safar kehidupan
meneguk kesusahan... ujian demi ujian
entah bilakan reda

ibu....
cuba kupendam hitam yang mencalar
semalam
tika kugamit cerah esok yang masih berbalam
dan hari-hariku ini.... yang terus-terusan mencengkam

ibu....
apakah aku terlalu
pada deritamu yang aku relakan
pada jerit batinmu yang aku pekakkan
pada sengsara jiwamu yang tak pernah ...aku belaikan
ibu.... hutang anakmu ini sudah terlalu...!!


secebis nukilan yang ana ambil dari buku bertajuk "nota hati seorang lelaki" yang memberi ana banyak kata2 yang amat berguna selain kata2 hikmah samada yang tersurat atau yang tersirat..
jadi belilah buku ini..
eh,, aiiitttt...
promote pula..
haha..
xdela..
kalau nak beli sila kanla..xrugi...
wallahuallam....


ait...!!! besaq nya baggle ustaz...


p/s: kawan ana si syamil yang secare tiba2 mengambil serban dan kaen ana untuk sesi pengembaraan ini..harap kalian mendoakan supaya sahabat ana tergolong di antara orang2 yang beriman isyaallah......

Monday, December 21, 2009



Jom Bertaaruf dengan Dakwah!

Sebelum kita mula berdakwah ni ada beberapa FAQ tentang Dakwah:

1. Apa maksud perkataan Dakwah?

Jwpn - "da'a, yad'u, da'wah" Ertinya mengajak, menyeru, memanggil, menganjurkan.

2. Siapakah mad'u (objek dakwah) kita?

Jwpn - Manusia! Tak payah kut nak pegi dakwah Jin, sebab manusia pun ramai lagi yang tak didakwahi...Tapi, kalau dah ada peluang jalan je la..

3. Kepada siapa kita dakwahkan manusia?

Jwpn - ALLAH TAALA! Bukan Aku, Bukan Persatuan, Bukan Bangsa dan lain-lain tujuan.

4. Bagaimana cara kita berdakwah?

Jwpn - Berhikmah dan Peringatan yang baik.

5. Apa tujuan utama kita berdakwah?

Jwpn - Supaya manusia mengengkari Thaghut, dan beriman kepada Allah.

6. Sampai bila kena berdakwah?

Jwpn - Hingga semua manusia keluar dari kepekatan Jahiliah menuju cahaya Islam.

Dalil-dalil

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (An Nahl 16:125)

"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang engkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al Baqarah 2:256)

Kesimpulan;

Dakwah adalah - "mengAJAK MANUSIA kepada ALLAH TAALA, dengan HIKMAH dan PELAJARAN yang BAIK, sehingga mereka (mad'u) mengENGKARI THAGHUT dan BERIMAN kepada ALLAH, agar mereka (mad'u) KELUAR dari KEGELAPAN JAHILIAH menuju CAHAYA ISLAM."

cara dakwah yg terbaik adalah sptmana yg Rasulullah s.a.w. buat dan juga para Rasul yg sebelum Baginda s.a.w. yg juga melakukan tugas yg sama..

cuba kita menyusuri stiap seerah para Rasul terutamanya Rasulullah s.a.w.

lpstu..kita kluarkn 'ibrah(pengajaran) drpd stiap kisah2 para Rasul tersebut dgn persoalan kita..mcmana para Rasul berdakwah dengan baiknya??

walhal..Rasulullah s.a.w. sebelum diangkat menjadi Rasul pun sudah mempunyai gaya2 atau aura2 berdakwah..sehinggalah Baginda dipanggil oleh seluruh masyarakat Arab Quraisy sbg....AL-AMIN........

yang penting kalau nak berdakwah yg terbaik ni ialah....
kita "start" berdakwah jer..atau bhs mudahnya..mulakan berinteraksi dgn org laen..sehinggalah mengajak kpd bende yg baek..dan meninggalkn bende yg buruk..so tu kn dakwah..so ape yg penting?....start je...

mcmane???
dgn bg salam..bersilaturrahim..senyum..bertegur sapa..berkata baik..

dakwah ni perlukn proses yg lame dan pjg..insya Allah kalau kita istiqomah(berterusan) dan bermustamirran(berkesinambungan)..kita akan nmpk hasilnya..xpercaya???percayalah..krn ia benar..

Saturday, December 19, 2009

SYAKAFALLAH....

minggu ini ana dan sahabat2 yang len dilanda wabak sakit mate.
semuanya berlaku dengan pantas apabila ana duduk di bilik kawan2 ana yang sedang sakit mate.
wah..sakit betol xterperi ..sekarang ni pon ana masih terasa sakit nyer,,
erm..
dugaan ALlah..
dah la moto kesayangn ana terdampar ..
sbb ari tu meletop kat kuis...
wat hal tol..
da bape kali btolkan pon rosak..

tu la,..mase die sehat ana wat racing...
haha..
jangan salah anggap yer..
racing p masjid.,.
kan skrg dah rosak,,
hm..
kompom kene rtus2..
xdapat la ana balik umah minggu ni....mak ana da tanye2 bile nak balik..
kering la ana kat kuis ni...xle p mane2 ngn duit xde..adoi..
semalam satu ari blok ana xde air..dan2 malam tadi ana sakit perot..mmg terbaek la..
haha,..
berlari sejauh satu kilo ana mencari tandas..
kui3..
lawak jer...
oh yer, mnggu ni ade program...tapi ana xp sbb sakit mate..hehe..
ana p klas aritu pon pakai spek itam..sume pandang plek jer..
siap ade orang kate kat kami "ni persatuan orang bute ker?" heheh..
saba jew la..
xpe..
ade hikmah setiap pe yang terjadi..
doakan ana smoga cpat sembuh yer...
amin ya rabbal alamin.,...



time ana dan safwan berbincang tntg projek kami di makkah..hahaha..saje jer..

p/s: sepatutnyer banyak lagi gamba yang di uploadkan tapi card reader kawan ana pinjam so ana terpakse pakai gamba lame2..hehe.. (",)

Tuesday, December 15, 2009

Tujuan Hidupku...


hm...lamenyer ana xpost blog baru ni...
rase macam da lame sangat..
tapi ana sedar sape la nak bace blog ana yang xseberaper ni...

hidup di sem2 ini yang semakin ari makin bz menyebabkan ana malas untuk mengupdate blog..
sebenarnyer setiap ari ana berfikir tentang bagaimana ana nak jadi selepas ni..
ana nak teroskan IT ker atau mengejar cita2 ana nak menceburkan diri di dalam bidang agame..
hm,,,,

tapi nak menceburkan diri dalam bidang agame bkn senang..

ana perlu merayu dann memohon pada pihak jais..
hm..
dan perlu membayar kembali yuran kuis yang mahal sampai mencecah RM6000 xsampai 2 sem..
hm...
semalam sepatutnya ana mendaftar di KUIN ,,,
ana mendapat tawaran di sane dalam bidang asasi pengajian islam..
bidang yang ana idam2 kan..
tetapi ana mengenangkan yuran yang terpakse ana tanggung di kuis ni..
teringat wajah mak yang akan kecewe ngn ana..
ana bkn dari keluarge yang mampu..
dan ana terpakse melepaskannya....'
hm....
dahulu ana buat keputusan yang terburu2...
ana xde fikir buruk baek nyer ...
sekarang ni ana redha,.
dan ana akan berusehe supaye cita2 ana ke Al-Azhar akan tercapai...
insyaallah...
sekarang ini...
ana kehilangan kawan yang bersame suke dan duke ...
die telah mendaftarkan diri di kuin semalam..
mengambil degree dalam bidang usuluddin sem2..
ana berdoa supaya die selamat di sana..
ternampak wajah kesedihanyya bila meninggalkan kami tempoh hari,
lepas ni ana terpakse mengharungi liku hidup tanpa nya..
xpela,,
Allah kan masih ada lagi....
ana bole ngadu kepadaNYa..
yang penting ana akan mencapai terget ana ..
tapi bkn di kuis...
kalau xde rezeki baru ana redha di kuis..
semoga Allah memberkati segala usahaku... =)



gaya semasa di PC fair.. penat berjalan satu ape pon xbeli...hehe,,,


semoga cita2 menjadi ustaz tercapai..amin..

Friday, December 4, 2009

Poket Kering????


hm..
minggu ni Allah nak uji ana dengan kekrangan duit..
xpnah terjadi lagi sebelum ni..
ana terguna untuk wat broadband baru ...
yang lama mmg da rosak sim nyer..
ap la celcom ni...banyak tol masalah..
tapi ana masih sokong nyer kerana celcom ada lah untuk umat islam di malaysia...
ana kene gerak ke rumah kerana ingin mengambil duit "emergency"..
hehe..
sbb ptg ni ana nak g konvoi beramai2 ke Klang..
melawat akim disana..
dengaq citanya akim da sedar dan bole bercakap tetapi masih dalam keadaan lemah...Alhamdulillah...
ana bersyukur sangat...

semalam ade lecturer ana yang mengutuk GMS lagi..
ana masih xpaham kenapa GMS asyik diperkotak katikkan ..
mungkin mereke lebih rela untuk yuran kuis dinaikkan lagi..
sampaikan miss nak GMS jumpe die menghadapa dan berdebat bersamanya..cabarannya hanya tertumpu kepada GMS ..

hm..

ramai pula yang menyokong miss malam tadi..
ana hanya mampu mematikan hati tapi mendengar hujah miss dengan teliti..
supaya dapat dijadikan perbandingan..
ana sedar die adelah lecturer ekomoni but janganlah terlampau bangga dengan ilmu yang die ade selama ini..

sumenya diberikan Allah kepada hambanya yang dikehendaki..
sagi satu miss lagi suke mengajar klas pengurusan daripada klas kami..
kami rase sedih kerana keputusan kuis haritu klas pengurusan mencapai tahap yang amat memberansangkan manakala kami hampa..satu klas hancur,..

xpela miss... moge Allah memberi rahmat kepadaMu...smoge ilmu yang diberi diberkati Allah.

ya Allah..kau berilah petunjuk kpdku Ya Allah..janganlah engkau sesatkan aku selepas kau memberi nikmat...Amin..


p/s:kepada yang baru berjinak dengan blog, troskan usaha mu .. (",)


kerenah semasa berjalan di gurun sahara kuis..mase ni ana tgh msg rektor suruh ltak unte utk kemudahan..hehe...
ana tgh wat susulan tentang unte di kuis...berbaloi2...haha..


ni antare hujah2 ana, sekarang xde masalah nak park unta anda..xde pakai minyak dan mesra alam..mesti mahasiswa kuis bersetuju punye..hehe...
ana dalam dilema,nak pilih burung kasawari ke atau unte..tgk budget kuis la...

Tuesday, December 1, 2009

Kemurungan...

keadaan ana pada ari ini makin bertambah serabut..
kerana ana masih mengingatkan sesuatu perkara ini..
cukupla sekadar ana sahaja yang memahami dan memendam rasa ni..
tapi kebaikannya ana makin matang dan sabar dalam membuat sesuatu keputusan..
walaupun ketika ana merasa tertekan ana akan membuat perlbagia cara untuk melepaskanyya..
kalau difikirkan sangat ana akan mudah rendah diri dan murung sepanjang masa,..
ya Allah.. ku harap dengan dugaan ini akan melatih diriku supaya lebih dekat kepadamu..

ana memang suka bila mendengar bacaan ayat suci dibacakan kepada ana...
semalam ana telah menyuruh kenalan ana utk membacakan ayat2 dari surah kahfi utk meredakan keresahan yang sedang ana alami ini..
ternyata ianya berkesan utk mengubat penyakit2 hati terutama hati ana yang gelap ini..
walaupun berat untuk ana melepaskan tetapi ana yakin Allah mengambil sesuatu yang Dia kehendaki dan akan menggantikan dengan yang lebih baik utk hambanya yang bertaqwa..
semoga ana akan beroleh sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang..
dan semoga Allah sentiasa memberi peluang untuk sahabtku Hakim dipanjangkan umurnya..
amin..

Monday, November 30, 2009

Keadaan Sahabatku?

hari ni ana telah menziarah rakan ana yang ditmpa musibah..
dia sekarang berada di hospital klang.
namanya hakim..hakim kemalangan semasa menaiki motosikal pada hari khamis..
habis teruk sangat musibah yang melandanya..
tadi yang ana terkilan sangat ialah hakim xsame rupenye macam dulu.
mukanya bengkak sangat dan yang laen xdapat digambarkan..
ana xsangke semasa ana menasihati dia supaya jangan laju2 itu menjadi kata terakhir sebelum dia excident..
hm...
dalam diam ana menitiskan air mata meminta pertolongn dari yang maha kuasa supaya dikuatkan semangat hakim..
dia masih di ICU..
sampaikan ana xknl kawan ana sendiri disebabkan perubahan mukanya yang mendadak..
smoge Allah mmanjangkan umormu hakim..
sepanjng minggu ni ana diuji dengan pelbagai kesulitan dan dugaan..
sekejap je manusia ni le brubah..
ana xtau kenapa ..
ana sedar ana ni bkn la yang terbaek dan terhebat...
bkn dari kalangan hafiz dan beragama..
xpela..
mungkin Allah nak memberi ujian kepada ana..
kerana ana ni mudah lupa..
da diingatkan pon masih nak melakukan kesalahan..
kerana satu sebab yang biase ana rebah dan lalai..
mengharapkan buah yang ditanam biase menjadi emas..
ya Allah..
kau bantula hambamu yang lemah ini..
berilah peringatn kepadanya jika dia leka...
dan jadikanla diriku ini tabah dlam menghadapi duagaan mu yang lebih berat...
amin ya rabbal alamin..


pagi tadi moto ana wat hal..abz minyak xnak bgtau...tersadai ana di bahu jalan..

semasa berada di kebuh fathi sahabat ana di sg besar..


acara mengorbankan lembu.. renungan di sebalik sejarahnya..





Monday, November 23, 2009

Adakah ana akan berjaya?


setiap ari ana berdoa supaya ana akan dapat tukar kos dari IT ke akademi islam..
hm..
ana nak amek kos IT dan usuluddin..
sbb minat ana yang mendalam untuk mncari dan mendalami Agama islam itu sendiri..
ana sebenarnya xberape minat dengan IT but xkenal maka xcinta kan..?
makin lame ana bersama IT ni makin minat tetapi keinginan ana untuk mendalami usuludin makin mendalam dan menebal..
lagipon dalam kos tu ade blaja IT skali..
kan best..?
erm..
kepada sume yang membaca blog ni..
ana harap dapatla kalian mendoakan supaya harapan dan cita2 ana ni berjaya..
berbalik pada persoalan bagi mereke yang tidak percaya bahawa siapa yang mengambil kos agama susah mendapat peluang pekerjaan..
bagi ana rezeki Allah itu luas ..yang kita bole buat ialah sentiase berusaha,.
(",)

Tuesday, November 17, 2009

Terkezot...




harini ana pergi ke kelas seperti biase...
klas BI dan arab..
tapi klas BI lecturer baru tukar..
dia meminta sume untuk menulis soalan2 untuk ditujukan kepadanya,.
ana tidak tahu untuk berbuat apa2..
tiba2 idea datang untuk bertanyakn tentang GPS yang semakin panas isunya pada masyarakat kuis..
die menjawab juga persoalan ana dengan mengatakan IPTS mane yang lagi murah..
ana dan sahabat ana safwan mengatakan bahwa KUIN adalah lebih murah daripada KUIS..
tetapi dia menujukan kembali soalan kepada ana dengan soalan KUIS dan kuin berbeza..
maksud ana KUIN lagi teruk sini kemdahanyya daripada KUIS..
ana tidak dapat menjawab apa2 kerana ana lemah BI..
hehe..
apela,,
padahal ana baru je bace artikel GMS..
hm...
mungkin mereka tidak mengetahui maksud kenaikan yuran sebenarnya,..
semoga Allah membuka kebenaran kepada orang yang benar. . . .
aksi ana semasa sukaneka...
rambut fesyen terbaru ana...amacam??maaf yer bilik bersepah..
semasa kelas malam ana belajar fizik...sejuk..


lecturer yang bertanyekan soalan kembali kepada ana,..

Saturday, November 14, 2009

Sukaneka?????

hari ini ade sukaneka???
buat pengetahuan semua mmg ade pon..utk event asasi...
adoyai...malasnyer..
kawan2 pon da pakat nak p..
ana sorg2 je kat bilik ni..xtau nak watpe..
xpela...lambat2 sikit ana sampai la...hero mesti kene lambat2 kua btol x?hehehehe....isyh..apeni....
semalam kawan ana ijat terpakse berbelanje sebanyak RM156 untuk motornya yang rosak..
nasib baek ana ade waktu tu. ana yang mendahulukan sbb ana tau dia dalam kesempitan..
tapi ana mmg bersimpati dengan dia...musibah datang bertimpa...ana sentiasa doakan supaya dia sentiasa sabar dalam menghadapi setiap cabaran..
minggu depan dan seterusnya ana da nak menghadapi mid term.
wah takutnya...sem2 ni ana xpnh blaja...alangkah ruginya ana ini...
mulai hari ini..( pas sukaneka)hehe.. ana nak blaja dengan bersungguh2 kalau ade milo lagi bertenage..huhu..
apela ana ni...merepek di pagi yang indah... tadi ana dapat juga p ke masjid...
subuh yang ana rindui setiap ari...
pastu ade bilal ajak makan pagi bersame 2 jemaah laen di belakang masjid tapi ana tolak sbb segan..
haha..
ape la ana ni..padahal time tu ana lapaq tahap gaban..
last2 mintak kawan bli roti canai..
hehe..
xpe..
rezeki ade di mane2..
arini ana dapat input baru mase kuliah subuh..
tentang doa...walaupun pada mulanya ana berzikir secara terlampau khusyuk..
tapi akhirnya Allah bagi jua kefahaman kepada ana...
Alhamdulilah ya Allah...ana bercita2 nak blaja di mesir macam dalam cite ketika cinta bertasbih..hehe,,,baru tgk semalam..
alamak...ade pakaian yang ana xbasuh lagi...hehe...
nak kene grak skrg ni...
xpela..
smoga Allah memberkati setiap pekerjaan ku... (",)

mase di ulu yam.. best sangat2....bsama sahabat ana..


bersama zaujah ku yang tersayang....hehehe...

Friday, November 13, 2009

salam perubahan. . ..

semasa kelas batal di PKK. . .

Abg tahfiz yang mengajar ana surah al-Fatihah...

presentation yang ana terangkan secara mengejut dan xpaham...huhu..



salam dekan...nak tanye bile cuti yer......??

ni bkn tido yer..... ('',)




mulai hari ini aku akan menggunakan anjakan paradigma bimakna pengunaan "aku" akan digantikan dengan ana..
hehe..bkn ape sangat pon.. apela..
wah..dugaan yang melanda pada ana memang amat pilu kerana sem2 mmg banyak assignment..

bayangkan sahaja apabila sabtu ahad time untuk ana release tension menjadi tidak keruan apabila teringat assignment yang belum disettlekan lagi dan mid term yang semakin hampir. .

dulu sem 1 bole la ana bergumbira sakan namum sem2 mmg mncabar kekuatan mental dan fizikal ana..
fuh...
xpe.
yang penting Allah sentiase ade kan.... (",)
erm...aritu telah terjadi berita yang amat menggemparkan warga kuis apabila GMS atau gabungan mahasiswa telah menyatakan bantahan menurunkan harga yuran kepada pihak pentadbiran..
ana pon ape lagi,.turut serta la..xkan la ana nak berdiam diri walaupun nahnu disupport totallyy oleh biasiswa..nanti degree merase balik pakai PT..huhu..
ana mmg menyokong GMS kerana bagi ana mereke berhujah melalui bukti yang kukuh bukan auta semata2..
pada ana mereka sentiase menjadi perintis kepada pembangunan ummah kuis. ..

xpela...kalau ada kesedaran itu insyaallah akan berlaku revolusi kebangkitan KUIS kembali...
JIhad... Allahuakbar.....!!!!

Tuesday, November 3, 2009

hari yang mencabar. .

harini dan hari seterusnya merupakan hari yang mencabar buatku..
kerana pack dengan kelas yang semakin banyak usaha. .
ape la ak ni. .
merungut je kerjenya..
tula. .
dulu masuk sini punye la semangat. .
dah masuk malas . .
hm..
nak menaip blog pon da xde mood. .
surah pon xhafaz lagi. .
xpe, . .
malam ni akan ku uba untuk kembali ke jalan yang asal. .
doa sentiase mengiringi usaha ku. .
smoga Allah sentiasa bersamaku.. .
amin ya Rabbal alamin..

Sunday, November 1, 2009

kucing baruku. . .


alhamdulillah. .

semalam aku dapat melihat kucing yang menjadi sebahagian dari keluargaku. .

ade 2 ekor semuanya. .

cute2 blaka. .

tapi xtau lagi mane yang jantan atau betina..

mungkin due2 ade la btina kowt. .

tapi satu suke mencakar satu lagi suke mengigit, ,

satu kombinasi yag menarik..

huhu, ,

Allah maha adil. .

itu yang semestinya. .

terima kasih yang tidak terhingga ku ucapkan kepada mu ya Allah..

Tuesday, October 27, 2009

kuatkan semangatku. .


hari ni aku terlihat kembali gambarku bersama bibo..

hm. .

kenapa la bibo sentiasa mendapat tempat di hatiku. .

Allahuakbar.. .

smoge Allah dapat melupakan kesedihanku. . .

arini aku pergi ke kelas seperti biase. .

xde perubahan. .

blaja physics yang aku minati. .

erm...

sat lagi ade klas lagi..

kul3.30. .

kemalasan melanda diriku,. .

oh apakan daya ku ini. . .

ade motor pon malas lagi. .

ap la nak jadi..

xpe..

yang penting aku mula merajinkan diri pergi solat berjemaah. .

kerana solat berjemaah dapat melatih diri bersifat silaturrahim sesama islam. .

smoga Allah menjadikan diriku ini seorang yang istiqamah dalam perkara mahmudah. .

amin, ,

Monday, October 26, 2009

Allah Maha Adil..

Alhamdulillah..
xsia2 ak merelakan pemergian bibo. .
arini ibuku baru sahaja menelefonku, .
berita yang amat aku tunggu2 kan. .
bibo telah digantikan dengan 2 ekor anak kucing yang comel. .
ibu memberitahuku warnanya putih dan hitam kelabu. .
baru satu bulan. .
kakak ku membelinya tadi..
ya Allah..
aku bersyukur padamu. .
semoga rezeki yang kau berikan ini dapat memberikan manfaat kepada keluargaku. .
amin ya rabbal alamin. . . .

saat kesedihan..







semalam merupakan hari yang paling sdey buat kami sekeluarga..



kerana pemergianyya yang amat ku cinta. .



bibo. .



setiap ari apabila ku balik ke rumah aku akan bermain ., .



gelagatnya amat menghiburkan kami seisi keluarga. .



bunyi miow nya amat kami rindui. .
tapi apakan daya. .



dia juga makhluk Allah yang hidup dan mati. .



ku merasa amat menyesal kerana tidak dapat berbuat apa2 sepanjang pemergiannya, ,.



semasa dia sedang menghembuskan nafas yang terakhir, ,



ku tiada di sisinya..



aku dikejotkan pada hari jumaat malam sabtu dengan igauan bibo..



dan terkejutku disambung lagi dengan mimpi kepadanya pada ari sabtu,,



tidak ku sangka dia akan pergi..



pergi utk selamanya,..






semasa aku di sisinya aku amat terkedu kerana suaranya seolah2 die sedang menyatakan kepadaku bahawa dia merasai kesakitan yang amat sangat,,dia juga melakukan perkara yang sama kepada ibuku..



ibuku sebak melihatnya,,



terkulai layu.



umpama badan yang tidak bernyawa. .



tadi aku baru menjumpai locongnya yang dia sematkan di leher setiap ari..



apabila dia berjalan ku dengar bunyi locengnya, ,



sekarang, ,



hanya tinggal kenangan..



hanya kenangan segar di ingatan. .,



segala yang berlaku ada hikmahnya,,



ku yakin..



kerana Allah maha adil..



semoga bibo tenang di dunianya,,



menjadi saham dan saksi di akhirat kelak. .






saat kesedihan..

Saturday, October 24, 2009

sdey sangat....

semalam selepas aku sampai di rumahku..
ak terkesima sebentar kerana kucing yang selama ini amat manja denganku terbaring sahaja..
perkara pertama yang aku lihat di rumahku hanya la bibo ku..
aku merasakan kurusnya bibo kerana semasa aku memegangnya hanya tulang sebagai perasa..
rasa terkesimaku ditambah pula dengan titisan air mata.
hanya Allah yang tahu. . .
erm..
ya Allah ..
kau berikan la kekuatan kepda bibo supaya kesihatanyya kembali pulih..
ku harap kucingku dapat menjalani kehidupan seperti biasa,,
amin ya Rabbal Alamin....

Friday, October 23, 2009

pilunya,..


semalam merupakan hari yang amat terkilan kerana prinsip yang cuba ku pegang selama ini terbolos jua. . .

aku terpaksa mengeluarkan sebahagian daripada simpanan duit biasiswa ku untuk membiayai sesuatu yang aku anggap sebagai tidak patut. .

xpe la..

mungkin ade hikmahnye..

skrg ni aku kene kumpul kembali duit yang tlah ku perabizkan dan mengantikannya semula..

erm..

malam tadi aku tidak hadir kelas ekonomi sbb ade majlis. .

ak rase amat terkilan kerana eko adelah subjek kegemaranku;.

apekan daya.

tarikh yang diperuntukkan untuk majlis berlapik dengan waktu klas..

"hm..nak kene tanye kawan ku jua la akhirnya.." bisik hati kecilku...

tapi banyak juga manfaat yang ku dapat daripadanya...

Thursday, October 22, 2009

aduhai..

haha..
arini ak punye broadband kene potong,,
sbb xbaya..
kat umah xdapat bil lagi..
tu yang mama ku xdapat membayar..
pastu xsangke kakak ak yang jadi penyelamatnye,,
die yang bayakan segalanya,
so dapat gak la ak on9...
hehe...

Sunday, October 18, 2009

Dah Tanggungjawab....




ak ditugaskan utk menjadi AJk teknikal bagi biro pembangunan insan under persatuan asasi kuis..


jadi ak elah meminjam projekter dan bahan2 laen utk event semalam..


tajuk ceramahnya ialah "psikologi cinta"


tapi barang yang sepatutnya ak pulangkan semula sepaptutnya arini jam 7.30 pagi..


tpi ak manusia biase..


xlepas dari kesilapan..


dah la akak yang jage office tu garang gile...ak xbuat salah pon kene marah gak..


siap kutuk ak dalam bahase inggeris lagi..


ak saba aje..


ade hikmahnye dalam setiap perkare..


tapi semalam mmg ak kelem kabut la buat keje sbb biro yang same keje ngn ak xde.


die balik..menghilangkan diri..


ak pon sanggup berkorban ap..jangan la wart kawan camni.,


xpela..saba lagi razin..yang penting tanggungjawab ko pada biro da selesai..


walaupun ak seda ak xlayak nak pegang ap2 pangkat....


tapi amanah yang dijungjung lagi berat dari kata2 janji yang ditaburkan....






malam tadi ak gune projekter tu utk wat wayang kat bilik ak..


huhu..


sebijik macam wayang...caya la..


tension punye pasal..


smoge Allah memaafkanku...


ak ni hambamu yang serbe hina dan daif..

Friday, October 16, 2009

mancing di tasik KUIS..





semalam ak baru mancing di tasik kUIS..






huhu..sbb ternampak staff mancing petang2..






tu yang panas tgk die dapat ikan..






tapi mase ak try ikannye kecik aje..seko plak tu..






tadi ak try lagi..






still dapat ikan yang same...








yang ak bengangyer tadi mase balik beg mancing ak terjatuh..



dengan xsemene2 nye hujung rod joran ak patah..



dah la pemberian ayahku ... ak sayang sangat joran ni..





ak nak wat camne..

da takdir..xpela.yang penting Allah da kurniakan ak nikmat yang xterperi sudah memadai..

ak redha dengan apa yang berlaku...

ak berdoa supaye dapat rezeki beli joran baru....

huu...

amin...

Tuesday, October 13, 2009

Apakah tujuanku..


Ak terase nak sangat ak menghafaz al quran..

tula cita2 ak dari kecikl lagi..

tapi apekan daye..

tapi..

ak akan cube..

xkesah la walaupun da bertongkat nanti..

ak nak khatamkan cita2 ak ni..

smoge Allah merahmati diriku ini..

Monday, October 12, 2009

kagumnyer....


selame sebulan lamanya ak menunggu jawapan dari seseorang ..

sbb mengapa dia berkelakuan sedemikian..

ak tertanya2 mengapa dan kenapa..

hatiku terdetik untuk mengetahui ap yang telah terjadi ..

setelah mengetahui apa yang sebenarnya terjadi..

ak terasa dia telah merasai kemanisan iman yang selama ini dicari2 oleh semua umat..

kagumya kerana ak sendiri hanyut dibuai mimpi dunia yang hanya bersifat sementara..

tetapi kerana teguhnya imannya menyahut seruan agama..

ku tabah dan redha dengan segala yang menimpa..

ak kni sedar dari kesilapan lalu.,.,

akan ku atasi segala masalah yang menimpa dengan hati yang tenang..

ingat...

jodoh itu sentiasa ada buat hambaNYA yang sabar ..

Monday, October 5, 2009

Lamenye xon9..

hm..
ak makin malas lak nak buat blog..
standert mlayu la kan..
huhu..
ak kan malas tahap gaban..
erm..
xtau nak tulis ap..
yang penting ak nak fokus blaja..
haha..poyo jer..
dah la ak baru g bengkel btolkan taya depan ak ...
boco la plak..kene sampai 8ringgit..
peh.. sll 5 jer..xpela..
ak redha,.
mungkin Allah nak uji ak dengan ujian yang bermacam..

Lamenye xon9..

Wednesday, September 9, 2009

SYUKUR KEPADA ALLAH..

hari ini ak baru melihat apekah result ak utk final exam.. xsangke ak lulus dengan berjaye.... dapat gak 3 pointer...xsie2 ak xtido malam.. eh ap ak ni.. ni sume kuase Allah.. Allah memberi kepada semua makhluk yang disukainya... inila rahmat yang Allah bagi kepade ak..mule2 pas ak tau pagi tadi selepas kawanku si botak mengejutku daripade tidor lenaku ak tros bergegas ke laptop dan mule mengonlinekan diriku ini. huhu,, pastu ak terase amat berdebar2 n check jer.. ak tau je ak pas tros ak mengucapkan syukur kepade Allah sambil melompat2 tande keriangan yang xterhingge..
ak ...
sebagai insan yang leka dan alpa..
terasa amat terharu..
kerana dengan limpah-Nya
Dia masih mengurniakan diriku rahmat
AlHAMDULILLAH.....

tapi semalam moto ak rosak..
ak terase kenape Allah asyik menguji diriku ini
abis duitku hampir mencecas ratusan ringgit semalam..
sebenarnya ,,
ak tidak bersyukur dengan ujian yang menimpa diriku..
ak terase amat hine..
kerane ujian yang sedikitak sudah rungut..
ape tah lagi ujian yang besar di masa akan datang kelak..
sesugguhnya Allah maha Adil lagi bijaksana...

Saturday, September 5, 2009

LAILATUL QADAR

Keutamaannya sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al Quran Al Karim yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke derajat yang mulia dan abadi. Ummat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menancapkan anak-anak panah untuk memperingati malam ini (malam Lailatul Qodar/Nuzul Qur’an, red), akan tetapi mereka bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Qur’aniyah dan hadits-hadits Nabawiyyah yang shahih yang menjelaskan tentang malam tersebut.

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar

Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman (yang artinya),

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. [2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [QS Al Qadar: 1 - 5]

Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan nan penuh hikmah,

[3]Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. [4] Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, [5] (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, [6] sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [QS Ad Dukhoon: 3 - 6]

2. Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeda-beda, Imam Al Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr bidzkri Lailatul Qadar, membawakan perkatan para ulama dalam masalah ini, lihatlah).

Imam Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut.”. (Sebagaimana dinukil al Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/388).

Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, (yang artinya) “Carilah malam Lailatur Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat Ibnu Umar (dia berkata): Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.” (HR Bukhari 4/221 dan Muslim 1165).

Ini menafsirkan sabdanya (yang artinya), “Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, maka barangsiapa ingin mencarinya, carilah pada tujuh hari yang terakhir.” (Lihat maraji’ diatas).

Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda, “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga diangkat tidak bisa lagi diketahui kapan lailatul qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain: tujuh, sembilan, lima).” (HR Bukhari 4/232).

Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum, sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah. Maka dengan ini, cocoklah hadits-hadits tersebut, tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisahkan.

Kesimpulannya, jika seseorang muslim mencari malam Lailatul Qadar, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir, 21, 23, 25, 27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari ppada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.

Paling benarnya pendapat lailatul qadr adalah pada tanggal ganjil 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan, yang menunjukkan hal ini adalah hadits Aisyah, ia berkata: Adalah Rasulullah beri’tikaf pada 10 terakhir pada bulan Ramadhan dan berkata, “Selidikilah malam lailatul qadr pada tanggal ganjil 10 terakhir bulan Ramadhan.”

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu, dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalaNya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759)

Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata, “Aku bertanya, Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850), dari Aisyah, sanadnya shahih. Lihat syarahnya Bughyatul Insan fi Wadhaifi Ramadhan, halaman 55-57, karya ibnu Rajab al Hanbali).

Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaatiNya – engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan sholat) pada sepuluh malam hari terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada istrimu dan keluargamu untuk itu dan perbanyaklah amalan ketaatan.

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (menjauhi wanita yaitu istri-istrinya karena ibadah, menyingsingkan badan untuk mencari Lailatul Qadar), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari 4/233 dan Muslim 1174).

Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia berkata), “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” (HR Muslim 1174).

4. Tanda-tandanya

Ketahuilah hamba yang taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu dengan ruh dariNya dan membantu dengan pertolonganNya- sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.

Dari Ubay radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR Muslim 762).

Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda (yang artinya), “Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah.” (HR Muslim 1170. Perkataannya “Syiqi Jafnah”, syiq artinya setengah, jafnah artinya bejana. Al Qadli ‘Iyadh berkata, “Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan, karena bulan tidak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan.”)

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan).

Tuesday, September 1, 2009

sekali lagi????

sekali lagi aku malas untuk membuat blog..
bknye ap.. cume ak malas nak menaip.. hehe.. ape la ak ni.. mule2 je semangat tapi da lame2 makin malas plak..
hm.. lagi bape ari je lagi cuti ak ni.. malas plak nak balik kuis.. harap dapat cuti lame lagi.
smlm ak baru je balik dari melake.. jalan2 ngn chae.. time tu ak yang bawak kerete sbb da lame xbawak.. gian.. haha.. dah2, ak nak p siap untuk berbuke.. awalnye.. hehe..

Saturday, August 15, 2009

pecah rumah???






hm... semalam ak ade klas kul 8 malam..pastu pas bkk puase ak pon siap2 la nak p klas.. tapi mase ak pas mandi tibe2 mak ak call..ak ingat call macam biase,, rupenye,,peh.. nak bgtau yang umah ak kene pcah dalam kol 7 lebih.. mule2 die kopek grill ak ni..pastu die pcah lak lock pin2 pastu die masuk ngn senangnye.. die touch barang2 mak ak macam duit la.. die amek lebih kurang 3 ribu lebih.. peh.. tadi mak ak nangis je mase ak nak p KUIS.. macam berbelah bahagi je ak nak p kuis, semue yang berlaku ade hikmahnye.. ak rase macam xselamat je tinggal kat umah tu.. agknye orang yang mencuri tu xnampak sticker 3 line yang ak tampal kat dinding tu..ak panas jer.. kalau dapat orangnye mmg xselamat.. jadi daging cincang sat lagi.. da2, ak ade exam mid term arab sat lagi.. baru nak wat.. hm.,. apela ak ni.. xprepair pape lagi. yang penting pasni ak nak cari sape yang wat ona kat umah ak tu.., dugaan..

Thursday, August 13, 2009

wabak& dan penyakit berjangkit menurut pandangan islam..

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut :

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi SAW. Nabi SAW bersabda :

فر من المجزوم كما تفر من الأسد

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

Ini adalah suruhan Nabi SAW kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi SAW menafikan penularan ini :

لاَ عَدْوَى

“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya.

Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah SWT. Jabir bin Abdullah RA telah meriwayatkan :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

” Sesungguhnya Rasulullah SAW mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi SAW bersabda : “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (HR Tirmizi)

Oleh itu sesiapa yang bertanggung jawab untuk bersama pesakit yang berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dengan Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yang sihat (isolation).

Nabi saw bersabda :

لا يوردن ممرض على مصح

“Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda:

كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين

“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (HR Abu Nu’aim)

Hadith-hadith ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yang berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.

Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.

Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit.

Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yang sihat.

Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masih lagi diperingkat permulaan.

Nabi saw bersabda :

الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه

“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambaNya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (HR Muslim)

6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

Aisyah ra bertanya berkata :

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد

“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (HR Bukhari)

7. Islam menggalakkan umatnya berusaha mengelakkan dari penyakit. Antara usahanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak.

Ini jelas apa yang berlaku kepada Saidina Umar ketika beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata :

أفرارا من قدر الله؟

“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab :

لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (HR Bukhari)

8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.

Mazhab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut.

Mazhab Hambali menyatakan bahawa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman Saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.

9. Sengaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.

Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:

لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)

Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa sengaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat.

Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.

Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati.

pacaran dalam pandangan islam..

a. Islam Mengakui Rasa Cinta

Islam mengakui adanya rasa cinta yang ada dalam diri manusia. Ketika seseorang memiliki rasa cinta, maka hal itu adalah anugerah Yang Kuasa. Termasuk rasa cinta kepada wanita (lawan jenis) dan lain-lainnya.

“Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik .”(QS. Ali Imran :14).

Khusus kepada wanita, Islam menganjurkan untuk mengejwantahkan rasa cinta itu dengan perlakuan yang baik, bijaksana, jujur, ramah dan yang paling penting dari semau itu adalah penuh dengan tanggung-jawab. Sehingga bila seseorang mencintai wanita, maka menjadi kewajibannya untuk memperlakukannya dengan cara yang paling baik.

Rasulullah SAW bersabda,”Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik terhadap pasangannya (istrinya). Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap istriku”.

b. Cinta Kepada Lain Jenis Hanya Ada Dalam Wujud Ikatan Formal

Namun dalam konsep Islam, cinta kepada lain jenis itu hanya dibenarkan manakala ikatan di antara mereka berdua sudah jelas. Sebelum adanya ikatan itu, maka pada hakikatnya bukan sebuah cinta, melainkan nafsu syahwat dan ketertarikan sesaat.

Sebab cinta dalam pandangan Islam adalah sebuah tanggung jawab yang tidak mungkin sekedar diucapkan atau digoreskan di atas kertas surat cinta belaka. Atau janji muluk-muluk lewat SMS, chatting dan sejenisnya. Tapi cinta sejati haruslah berbentuk ikrar dan pernyataan tanggung-jawab yang disaksikan oleh orang banyak.

Bahkan lebih ‘keren’nya, ucapan janji itu tidaklah ditujukan kepada pasangan, melainkan kepada ayah kandung wanita itu. Maka seorang laki-laki yang bertanggung-jawab akan berikrar dan melakukan ikatan untuk menjadikan wanita itu sebagai orang yang menjadi pendamping hidupnya, mencukupi seluruh kebutuhan hidupnya dan menjadi `pelindung` dan ‘pengayomnya`. Bahkan `mengambil alih` kepemimpinannya dari bahu sang ayah ke atas bahunya.

Dengan ikatan itu, jadilah seorang laki-laki itu `the real gentleman`. Karena dia telah menjadi suami dari seorang wnaita. Dan hanya ikatan inilah yang bisa memastikan apakah seorang laki-laki itu betul serorang gentlemen atau sekedar kelas laki-laki iseng tanpa nyali. Beraninya hanya menikmati sensasi seksual, tapi tidak siap menjadi the real man.

Dalam Islam, hanya hubungan suami istri sajalah yang membolehkan terjadinya kontak-kontak yang mengarah kepada birahi. Baik itu sentuhan, pegangan, cium dan juga seks. Sedangkan di luar nikah, Islam tidak pernah membenarkan semua itu. Kecuali memang ada hubungan `mahram` (keharaman untuk menikahi). Akhlaq ini sebenarnya bukan hanya monopoli agama Islam saja, tapi hampir semua agama mengharamkan perzinaan. Apalagi agama Kristen yang dulunya adalah agama Islam juga, namun karena terjadi penyimpangan besar sampai masalah sendi yang paling pokok, akhirnya tidak pernah terdengar kejelasan agama ini mengharamkan zina dan perbuatan yang menyerampet kesana.

Sedangkan pemandangan yang lihat dimana ada orang Islam yang melakukan praktek pacaran dengan pegang-pegangan, ini menunjukkan bahwa umumnya manusia memang telah terlalu jauh dari agama. Karena praktek itu bukan hanya terjadi pada masyarakat Islam yang nota bene masih sangat kental dengan keaslian agamanya, tapi masyakat dunia ini memang benar-benar telah dilanda degradasi agama.

Barat yang mayoritas nasrani justru merupakan sumber dari hedonisme dan permisifisme ini. Sehingga kalau pemandangan buruk itu terjadi juga pada sebagian pemuda-pemudi Islam, tentu kita tidak melihat dari satu sudut pandang saja. Tapi lihatlah bahwa kemerosotan moral ini juga terjadi pada agama lain, bahkan justru lebih parah.

c. Pacaran Bukan Cinta
Melihat kecenderungan aktifitas pasangan muda yang berpacaran, sesungguhnya sangat sulit untuk mengatakan bahwa pacaran itu adalah media untuk saling mencinta satu sama lain. Sebab sebuah cinta sejati tidak berentu sebuah perkenalan singkat, misalnya dengan bertemu di suatu kesempatan tertentu lalu saling bertelepon, tukar menukar SMS, chatting dan diteruskan dengan janji bertemua langsung.

Semua bentuk aktifitas itu sebenarnya bukanlah aktifitas cinta, sebab yang terjadi adalah kencan dan bersenang-senang. Sama sekali tidak ada ikatan formal yang resmi dan diakui. Juga tidak ada ikatan tanggung-jawab antara mereka. Bahkan tidak ada ketentuan tentang kesetiaan dan seterusnya.

Padahal cinta itu memiliki, tanggung-jawab, ikatan syah dan sebuah harga kesetiaan. Dalam format pacaran, semua instrumen itu tidak terdapat, sehingga jelas sekali bahwa pacaran itu sangat berbeda dengan cinta.

d. Pacaran Bukanlah Penjajakan / Perkenalan
Bahkan kalau pun pacaran itu dianggap sebagai sarana untuk saling melakukan penjajakan, perkenalan atau mencari titik temu antara kedua calon suami istri, bukanlah anggapan yang benar. Sebab penjajagan itu tidak adil dan kurang memberikan gambaran sesungguhnya dari data yang diperlukan dalam sebuah persiapan pernikahan.

Dalam format mencari pasangan hidup, Islam telah memberikan panduan yang jelas tentang apa saja yang perlu diperhitungkan. Misalnya sabda Rasulullah SAW tentang 4 kriteria yang terkenal itu.

Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW berdabda,”Wanita itu dinikahi karena 4 hal : [1] hartanya, [2] keturunannya, [3] kecantikannya dan [4] agamanya. Maka perhatikanlah agamanya kamu akan selamat. (HR. Bukhari Kitabun Nikah Bab Al-Akfa’ fiddin nomor 4700, Muslim Kitabur-Radha’ Bab Istihbabu Nikah zatid-diin nomor 2661)

Selain keempat kriteria itu, Islam membenarkan bila ketika seorang memilih pasangan hidup untuk mengetahui hal-hal yang tersembunyi yang tidak mungkin diceritakan langsung oleh yang bersangkutan. Maka dalam masalah ini, peran orang tua atau pihak keluarga menjadi sangat penting.

Inilah proses yang dikenal dalam Islam sebaga ta’aruf. Jauh lebih bermanfaat dan objektif ketimbang kencan berduaan. Sebab kecenderungan pasangan yang sedang kencan adalah menampilkan sisi-sisi terbaiknya saja. Terbukti dengan mereka mengenakan pakaian yang terbaik, bermake-up, berparfum dan mencari tempat-tempat yang indah dalam kencan. Padahal nantinya dalam berumah tangga tidak lagi demikian kondisinya.

Istri tidak selalu dalam kondisi bermake-up, tidak setiap saat berbusana terbaik dan juga lebih sering bertemua dengan suaminya dalam keadaan tanpa parfum. Bahkan rumah yang mereka tempati itu bukanlah tempat-tempat indah mereka dulu kunjungi sebelumnya. Setelah menikah mereka akan menjalani hari-hari biasa yang kondisinya jauh dari suasana romantis saat pacaran.

Maka kesan indah saat pacaran itu tidak akan ada terus menerus di dalam kehidupan sehari-hari mereka. Dengan demikian, pacaran bukanlah sebuah penjajakan yang jujur, sebaliknya sebuah penyesatan dan pengelabuhan.

Dan tidak heran kita dapati pasangan yang cukup lama berpacaran, namun segera mengurus perceraian belum lama setelah pernikahan terjadi. Padahal mereka pacaran bertahun-tahun dan membina rumah tangga dalam hitungan hari. Pacaran bukanlah perkenalan melainkan ajang kencan saja.

selepas ari lahirku..


haha... arini kredit percume ak da abez.. smlm bkn ak gune sangat pon.. xpela.. yang penting ak seda yang ade gak orang ingat kat ak.. terharu tol... peh.. sat lagi ade klas BI.. malasnye nak g.. dahla next week is the final sam.. camne nak menjawabnye.. malam tadi baru nak study da tertido.. punyela besa nafsu ak ni.. kalau nak study je mate kuyu,, tapi kalau ak buat blog xngantuk lak..hehe.. hm.. pe ye ak nak wat arini? ingat nak makan banyak2,. tapi arini membe2 ak ramai puase.. tadi da bangun nak sahur tapi ak ni punyela ngantuk lagi g tido... peh.. nyesal2.. frust ak.. baek ak g saho tadi.. skrg rase tkak kering jer.. xpela... tahan jela.. yang penting niat kite ade.. smogeAlllah memberikan ku kekuatan utk berpuase,, amin,,

Wednesday, August 12, 2009

pandangan islam teradap pendidikan berbayar..

Sistem pendidikan yang ada menyebabkan yuran terlalu tinggi dan boleh dikatakan 'ajaib'. Ada yuran pengajian, yuran perpustakaan, yuran kesihatan, yuran sukan, bayaran nota, yuran peperiksaan dan berbagai lagi. Masyarakat yang berpendapatan rendah (akibat dihisap habis-habisan oleh sistem kapitalis) terpaksa menyerah diri dan menerima bahawa mereka tidak mampu memberikan pendidikan sempurna kepada anak mereka kerana tingginya perbelanjaan pendidikan pada hari ini. Memang sudah menjadi kelaziman sebuah negara kapitalis akan wujud dua golongan iaitu antara yang berkemampuan mendapatkan pendidikan dan ada yang akan tewas serta tidak mampu mendapatkan pendidikan akibat dari tingginya kos hidup, golongan miskin gagal untuk bersaing di pasaran. Maka, akan terwujudnya golongan yang mundur pendidikannya akibat dari kurikulm pendidikan moden yang dilaksanakan di sekolah-sekolah, institut-institut pengajian tinggi, dan lembaga-lembaga pendidikan yang ada di seluruh negeri-negeri Islam.

Kurikulum pendidikan yang dilaksanakan di negeri-negeri Islam sekarang ini didasari oleh konsep-konsep pemikiran kapitalisme, yang memisahkan agama dari kehidupan. Lebih parah lagi, ia telah menjauhkan umat Islam dari tsaqafahnya dan membuang ruh/daya cipta dari jiwa umat Islam, sehingga keadaannya sama seperti di zaman Jahiliyah. Keadaan seperti ini memerlukan suatu pemikiran dan penyelasaian secara menyeluruh dan sungguh-sungguh dari Khilafah Islamiyah pada ketika ia muncul kembali di dunia. Sejarah telah membuktikan bahawa Islam sejak awalnya telah berusaha membuang taraf yang hina (kejahilan) ini dari ummat Islam yang mulia ini, dengan cara memastikan setiap Muslim menuntut ilmu dan belajar. Rasulullah telah menerapkan suatu sistem yang terbaik dalam menangani hal ini. Beliau mendorong ummat Islam supaya menuntut ilmu dan membenteras buta huruf pada permulaan berdirinya Daulah Islam di Madinah, iaitu setiap tawanan Perang Badar dimestikan mengajar sepuluh orang kaum Muslimin sebagai tebusannya.

Oleh kerana itu, dalam Khilafah Islamiyyah tidak akan muncul kemunduran pendidikan (kebodohan) di kalangan umatnya, sebab Allah SWT mewajibkan kepada setiap Muslim untuk menuntut ilmu dan mencari bekalan untuk dirinya dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan untuk keperluan hidupnya serta keperluan hidup ummatnya. Rasulullah SAW bersabda:

"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim" dalam hadis lain dikatakan:

"Jadilah kamu sebagai orang yang alim atau orang yang menuntut ilmu atau sebagai orang yang mendengarkan (ilmu) atau yang cinta (terhadap ilmu) akan tetapi janganlah kalian menjadi orang yang kelima (orang yang bodoh) nanti kalian akan binasa."

Atas dasar ini, negara wajib menyempurnakan bahagian pendidikannya melalui sistem pendidikan yang percuma untuk semua rakyatnya. Ilmu pengetahuan termasuk keperluan asas manusia. Oleh itu ia merupakan kewajiban negara. Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya termasuk tanda-tanda datrangnya hari Kiamat adalah hilangnya ilmu dan meluasnya kebodohan."

Hadits ini menunjukkan bahawa dengan hilangnya ilmu pengetahuan, umur dunia semakin mendekati akhirnya. Ini merupakan isyarat bahawa ilmu itu suatu yang penting, kerana ilmu adalah keperluan asas manusia. Ilmu yang dimaksudkan dalam hadits ini adalah ilmu Islam. Ilmu Islam mempunyai kedududkan yang penting untuk memahami agama. Begitu juga ilmu pengetahuan yang lain kerana ada persamaan iaitu diperlukan dalam kehidupan.

Dalil yang menunjukkan bahawa pendidikan adalah percuma menjadi tanggungjawab Khilafah Islamiyyah adalah berdasarkan Ijma' Sahabat yang memberikan gaji kepada para pengajar dari Baitul Maal dengan jumlah yang tertentu. Diriwayatkan dari Ibnu Abi Syaibah, dari Sadaqoh ad-Dimasyqi, dari al-Wadl-iah bin Atha; bahawasanya ada tiga orang guru di Madinah yang mengajar anak-anak, dan Khalifah Umar bin al-Khathab memberi gaji lima belas dinar (~63.75g emas) setiap bulan. Dan Rasulullah SAW telah menentukan hukum tebusan tawanan Perang Badar adalah berbentuk kemestian mengajarkan sepuluh orang Muslim. Ini membuktikan bahawa masalah pendidikan adalah tanggungjawab negara, kerana ia menyangkut perkara yang menjadi hajat hidup rakyat yang utama (vital), berbentuk menangani masalah kebodohan dan pembenterasan buta huruf. Adapun dalil syara' yang menjadi dasar bahawa negara mempunyai kewajiban memelihara, mengatur dan melindungi urusan rakyat, adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

Seorang imam(pemimpin) adalah bagaikan pengembala, dan ia akan dipertanggungjawabkan atas gembalaannya." (H.R. Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Dawud, dari Ibnu Umar).

Pendidikan adalah keperluan asas bagi umat. Pendidikan bukan hanya sebagai keperluan sampingan, kerana tanpa pendidikan martabat manusia tidak akan mulia. Dengan demikian negara wajib memenuhi keperluan asas rakyatnya melalui pendidikan ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh setiap individu dalam setiap bidang kehidupanSelagi perkara itu menjadi keperluan asas rakyatnya, maka negara wajib membuka dan membangunkan sekolah rendah, sekolah menengah ataupun pengajian tinggi dalam jumlah yang mencukupi sesuai dengan jumlah rakyat yang akan belajar, tidak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa yang buta huruf. Kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan martabat ummat serta mewujudkan kemajuan madani dan moral.

Dalam pengajian peringkat tinggi, harus dibezakan antara pengetahuan dasar (daruriyyat) dan pengetahuan pelengkap(kamaliyyat). Pengetahuan dasar mesti diadakan dan diajarkan di peringkat tinggi sama sepereti di peringkat rendah dan menengah. Pengetahuan ini amat bermanfaat dan dapat menghindarkan manusia dari kesulitan dan kepayahan. Pengetahuan dasar itu termasuklah ilmu kedoktoran, kejuruteraan(mekanikal, elektrik, awam), astronomi, sosial politik, teknologi dan sejenisnya yang mutlak diperlukan dalam kehidupan. Oleh kerana itu Islam mengharuskan pembelajaran ilmu-ilmu seperti ini, yang mempunyai tujuan yang suci murni. Manakala pengetahuan yang bersifat pelengkap, boleh diadakan apabila negara mempunyai peralatan dan kemampuan untuk melakukannya.

Jelaslah bahawa Khilafah Islamiyyah membuka pintu pendidikan seluas-luasnya bagi seluruh rakyat tanpa perlu dibayar se'sen' pun, menurut kemampuan dan kelengkapan yang dimiliki negara ketika itu. Mengajarkan ilmu pengetahuan yang menjadi keperluan dalam kehidupan manusia termasuk masalah mashalih asasiyah(keperluan asas). Wajib hukumnya bagi negara menbina, membangun dan melengkapkan segala sarana dan prasarana untuk melicinkan pengajaran ilmu-ilmu tersebut di setiap peringkat pendidikan.