Monday, December 28, 2009

HUKUM BERPURDAH...

Alhamdulilah..

Pemakaian purdah ataupun nama lainnya ialah Niqab adalah perkara yang didalamnya terdapat khilaf dikalangan Ulama.Khilaf ini dikenali dengan nama Khilaf yang Muktabar.Khilaf yang muktabar ialah khilaf yang berlaku antara ahli ilmu yang mereka semua mempunyai dalil yang diterima di sisi kaedah penghujahan syarak atau perkara yang tiada dalil yang jelas mengenainya, atau mereka berbeza pendapat kerana ketidakjelasan dalil. Maka hukuman yang diputuskan fuqaha dalam masalah tersebut bersifat ijtihadiyyah.

Majoriti Imam mazhab, termasuklah Imam mazhab fiqh yang empat, dan yang lainnya juga - berpendapat bahawa seseorang wanita itu tidak diwajibkan menutup muka dan juga tangan. Akan tetapi, ada golongan sarjana/ulama, yang majoriti mereka daripada mazhab Hanbali, mengajar supaya wanita mestilah menutup muka(berpurdah) dan juga tangan.

Di zaman ini, antara ulama yang menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. ( mufti Saudi yang telah meninggal ) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh para ulama di Saudi. Sebelum itu ‘Abu al-‘Ala al-Maududi r.h. dalam bukunya al-Hijab juga menegaskan akan hal berpurdah ini.
Sementara yang menyatakan wajah wanita yang bukan aurat ialah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya al-Niqab li al-Marah”,dan al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang terakhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaitu Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.


Sarjana Islam terkemuka, Sheikh Iqbal Nadvi, Imam Masjid Calgary, Alberta, Kanada, dan bekas Profesor di Universiti King Saud, Arab Saudi, berkata:

Isu niqab (menutup seluruh badan termasuk muka dan tangan) adalah syarat asas dalam pemakaian hijab (pakaian wanita Islam) dalam satu mazhab, manakala niqab itu adalah bahagian yang digalakkan (disunatkan) dalam pemakaian hijab bagi mazhab lain. Tetapi apa yang telah disepakati oleh para ulama mazhab ialah menanggalkan niqab/tidak memakai niqab (iaitu dengan mendedahkan muka) atas sebab-sebab yang tulen/sebab yang bukan dibuat-buat, seperti untuk tujuan pengenalan diri dan perubatan.


justeru itu, tidak wajar untuk seseorang berkeras menganggap munkar apabila melihat seorang muslimah berpegang dengan mana-mana pendapat dalam hal ini. Namun perbincangan dan perbahasan secara ilmiah untuk mencari pendapat yang lebih rajih adalah dialu-alukan dan digalakkan.
Sehubungan itu,tidak wajarlah kita memperlekehkan atau menganggap 'TIDAK BERFAEDAH' seorang muslimah itu,apabila tidak istiqomah dalam pemakaian purdah.Lagi-lagi apabila muslimah itu hanya buka apabila berada di kelas/kuliah yang memerlukan mereka membuka niqab tersebut.Hormatilah muslimah-muslimah ini yang cuba melaksanakan sesuatu yang beliau faham dan berpegang pada salah satu pandangan ulama ini.Semua ini mereka lakukan semata-mata utk mendapat keredhaan Allah.bersangka baik itu adalah salah satu ciri orang yang beriman.


WaAllahualam...

#untuk bacaan lengkap sila baca kitab fatwa mauasirah,oleh Al-Imam Yusuf Al-Qardhawi.


minggu ini ana dilanda dengan final test . . makin pening ana sbb xprepair sangat..huhu..
dugaan...
ana habis exam pon 4.1.2009....
smoge imtihan kali ini menjadi titik yang paling manis pada ana...amin....

12 comments:

  1. klu muslimah mmakai purdah, ttpi x istiqomah dlm mlksanakannya, bagaimana?

    ReplyDelete
  2. Salam... Betulke Isteri Imam Syafie memakai purdah..? Isteri Nabi pula, pkai purdah ker...?
    Minta penjelasan

    ReplyDelete
  3. Salam.. apakah hukum sebenar memakai purdah? adakah harus atau sunat? Dan kalo muslimah tu xistiqamah dlm mmakai purdah ats sbb2 tertentu, mcmna pulak eh?

    ReplyDelete
  4. slm ,ana nak bgitau bhawa walaupown mazhab syafie menghukum pakai purdah tak wjib,tetapi imam syafei ttp menggalakkan isterinya berpurdah,isteri nabi pown berpurdah jugak,ana tlong jwb sja,
    berpurdah mengikut ulama syafei punyai dua pndapat ,pndapat pertama tutp semua ,pndapat kedua ttup semua hanya tangan dan muka sja tidak pyh tutup,pndapat pertama paling kuat(itu pown apa yg ana blajar dari ustaz ana. pakai dpt pahala tak pakai tak dpt apa,
    pakai dulu ,isya allah pasti istiqomah,walaupown ada jugak yg tidak istiqomah kan.

    ReplyDelete
  5. Asslm.. akk nak tanya..ad setahun juga akk membaca tntang purdah... hati akk teringin utuk mmakainya... bkn suami suruh, ikut2 org.. @ jauh skli utuk fesyen... akk seoarg tailor.. dan mmpunyai kdi sndri...skrng ni pon akk x mnrima tmphn fesyen yg mngikut bentuk badan n kain belah.. just longgar je.. akk nk mntak pendapat adik,, boleh ke akk memakai niqab di kedai?... ad ke tailor yg mmkai niqab di kdi jahit?... mngkin akk kna letak sgnboard.... menerima tmphan muslimah.. jd x lah org mmndng pelik... ap pndngn adik....

    ReplyDelete
  6. salam..
    rasanya zaman skrg sudah tidak dikategorikan pelik lagi jika orang malaysia berniqab.. jadi istiqamahlah dalam memakainya.. wallahuallam..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..
    nak tanye...kalu berpurdah,kejap pakai,kejap buka,berdosa ke??

    ReplyDelete
  8. Assalam... Kak, saya nak tanye boleh ke kalau kita berpurdah tidak secara berterusan. Saya mempunyai masalah tidak boleh berpurdah semasa disekolah. Minta akak beri pandangan.. Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Asslmualaikum...nk tnya sket blh?kalau kte pakai purdah...perlu jga ke pakai time ada org yg bkn muhrim di rumah cm sepupu?

    ReplyDelete
  10. assalam alaik . ya akh . izinkan ana copy :)

    ReplyDelete
  11. Salam nk tanyer kalau nk pakai purdah... adakah d wajibkan meminta izin kluarga

    ReplyDelete