dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang..
di kesempatan yang lepas diri ini berpeluang untuk berjumpa dengan GB ( guru besar ) ..
yang pernah mengajarku di sekolah agama rendah (SRA)..
sekarang beliau merupakan penyelia Kafa dan mempunyai syarikat konsultasi sndiri,,
ana diberi peluang oleh ustaz Romizi ( guru besar di tempat ana bekerja ) berjumpa sendiri face to face dengan beliau semasa sesi motivasi dan PSRA dijalankan ..
rancangan demi rancangan disusun untuk memberikan kejutan kepada beliau..
kami merancang untuk merahsiakan status ana sebagai bekas muridnya sehingga akhir sesi motivasi..
tibalah waktu yang ditungu2.. ustaz romizi mencapai microphone yang disediakan dan menyampaikan "suprise" yang dirancang sejak dari pagi lagi..
"sebenarnya, di sini ada anak murid ustaz semasa ustaz menjadi guru besar, cuma ustaz yang tidak perasan".. suasana menjadi sunyi.. mungkin semua masih menghadam kata2 dari ustaz romizi.
ustaz romizi menyuruh ana bangun untuk memperkenalkan diri kepada beliau..
beliau dengan wajah terkesima cuba mengingati wajahku.
"ah, takkan la aku ni dia ingat.. beribu-ribu murid yang dia ajar, lagipun aku bukan budak pandai.." bisik hati ana keseorangan..
ana diberi peluang untuk berucap di majlis tersebut dan cuba untuk menyingkap kembali memori-memori yang terpahat di ingatan. cuba mencuba nasib manalah tau kalau-kalau beliau ingat lagi akn diri ini..
kami berjabat tangan dan saling bermaaf-maafan..."ustaz mintak maaf.. ustaz lupe..alhamdulillah kamu dah berjaya sampai sini" kata beliau kepadaku.
mulanya semasa merahsiakan status ana, hati ini membuak-buak untuk menyatakan perkara yang sebenar kepada beliau.. kami berborak seperti orang yang sama- sama matang tanpa ada jurangnya umur.. soalan demi soalan ditujukan kepada ana kerana ana ada menyatakan yang ana ini adalah salah seorang dari mahasiswa KUIS..
soalan yang terakhir ditanyakan kepada ana " ustaz da kawin ke blom? elok kawin mude2 ni ustaz.. nanti da tue senang.." ana kaget sebentar.. " agaknya beginilah yang selalu dibualalkan oleh orang yang berada di pertengahan umur" sambil senyuman mengambil peranan mengiakan nya...
begitu terharunya ana diberi peluang dengan insan yang banyak mendidik ana secara langsung atau tidak langsung... beliau juga mencabar ana supaya mengantikan tempat beliau sebagai motivator.."akan ku jadi sepertinya!" kata hati ana yang mengidamkan kejayaan..
Dengan iringan doa dari semua pihak dan usaha yang gigih tanpa mengenal putus asa, insyaAllah akan berjaya... ^_^
..والله أعلم
No comments:
Post a Comment