Saturday, November 26, 2011

CEBISAN AYAT

Aku ingin mencari cinta sejati yang boleh membawa aku ke jalan ilahi.
aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.
aku ingin menjadi sayap kiri kanan kepada seorang khalifah.
aku ingin menjadi pendengar kepada seorang dai'e.
aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.
aku ingin memberi cintaku kepada seorang insan yang mencintai Allah lebih dari segalanya.
InsyaAllah, aku berdoa moga kamu lah orangnya menjadi pendamping terbaik....

(",)

Thursday, November 24, 2011

BERGERAK AKTIF BEST RUPENYE

harini bermula acara yang "dinanti-nantikan" oleh semua warga KUIS..
majlis ekstival sempena konvokesyen yang bakal berlangsung sabtu dan ahad,
ana juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta untuk menjadi AJK ekstival.
walaupun tugas yang boleh dianggap tidak mencabar,
dengan semangat yang tinggi perkara yang boring terasa best..
alhamdulillah..


khalis yang sentiasa mengulo...


panas terik menjaga parking,,


lagipun boleh mendapat pengecualian daripada p ke kelas...hehe..
subjek sem ni semuanya mencabar..
ketamakan hati mengambil banyak kredit..
harapnya tidak memakan diri... amin,,,

melukis line bawang dalam kelas art in multimedia..

Monday, November 21, 2011

TAAT SEORANG ANAK

harini merupakan hari penyampaian hadiah ( ihtifal ) di sekolah.
pelbagai ragam dan kerenah manusia dapat ku amati ..
dengan murid yang sentiasa meriuhkan keadaan dan ibu bapa yang sanggup berpanas di bawah canopy..
tetapi..
hatiku tertarik dengan apa yang terjadi di hadapanku..
seorang anak murid yang berjaya mendapatkan tempat yang terbaik dalam ranking darjah 1.
teringat telatah dan pelatnya bercakap ketikaku mengajarnya..
dialah murid yang ku sayangi.

apa yang membuatkan hatiku tertarik dan bertambah yakin dengan perasaanku sendiri apabila selepas dari majlis..
kelihatan kerusi bersepah tidak tersusun dan kami sebagai guru cuba untuk mengemaskannya..
nampaknya makanan yang kami kejari dahulu kerana semua sedang menanggung kelaparan akibat dari majlis yang memenatkan..
daku cuba untuk mengajak sesiapa lagi yang terlintas di hadapanku untuk makan sekali..
guru yang lain seperti angin.. laju sahaja meluru ke arah makanan yang disediakan..
tersentak hatiku melihat murid darjah 1 PEREMPUAN bersama ayahnya sibuk mengemas baki kerusi yang banyak..
murid itu cuba untuk menolong ayahnya tetapi dia pula dimarahi..
tapi itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti,
betul kata pepatah " mana tak tumpah kuah kalau x ke nasi "
rajin yang ada pada dirinya mirip seperti ayahnya..
aku kagum dengan keluarganya berbangga kerana murid tersebut masih menghormati dan ingat semua cerita yang aku pernah ceritakan kepadanya..

coretan ini didedikasikan kepada anak muridku bernama anis.. =)

"masih tersenyum walaupun penat..kerusi di belakang anis sendiri yang susun..."






Thursday, November 17, 2011

BERSINAR KEMBALI... =)

ALHAMDULILLAH...
arini dapat jugak mengupdate blog yang tidak seberapa ni...
sudah masuk sem baru mesti la dengan azam yang baru.
harap nya dengan bekalan keazaman membuatkan kita semakin laju mengejar matlamat sebenar kehidupan..
banyak cerita yang ingin diungkapkan ..
tapi biarlah hati yang menyimpan seribu kenangan.

hatiku tergetak dan semakin kuat ..
ingin menjejakkan kaki ke bumi yang menjadi idaman semua muslim.
iaitu makkah almukarramah..
hatiku tergerak selepas seseorang teman sedang berada di sana,
setiap selitan program TV tentang haji tidak akan ku lepaskan walaupun seminit..
beberapa mimpi aku berada di hadapan ka'abah dan dalam keadaan menangis kerana dapat juga menjejakkan kaki ke sana, dan ketika itu juga bersama seorang teman,
bagiku mimpi yang amat indah dan memberi pelonjak semangat supaya aku meneruskan niatku ini,
insyaAllah dengan bantuanNya aku akan cuba usahakan supaya dapat juga pergi ke sana,
amin..

mood : tgh menunggu dengan sabar khabar haji di sana.. =)



harapan agar baitulmuslim terbina serta dipercepat dan dipermudahkan... =)




Friday, August 12, 2011

MAUT SEMAKIN DEKAT..

Alhamdulillah..
dengan izin Allah dapat juga ana merasai nikmatnya menghirup udara di muka bumiNya..
sedar tidak sedar sudah 20 tahun masa meninggalkan ana..
semacam tidak mempunyai apa2 di hati.. kosong..
ilmu di dada masih cetek...

Allah..
banyaknya masa yang diberikanMu digunakan olehku untuk perkara yang sia2...
berilah aku kekuatan.. agar dapat mencapai RedhaMu ya Allah...
amin..

p/s: syukran ala kulli hal kepada semua yang wish.. moga kalian dirahmati Allah... =)

Thursday, August 11, 2011

sanah helwah



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t....
di sini...saya bagi pihak....
ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada tuan empunya blog ini...
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....
memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat....
khususnya dalam kehidupanmu..agar sentiasa dalam redha dan berkat Allah...
Allahuyubarikfih....
(maaf..terawal beberapa jam sikit)
^_^

Monday, August 8, 2011

GB DI SEKOLAH LAMAKU..


dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang..

di kesempatan yang lepas diri ini berpeluang untuk berjumpa dengan GB ( guru besar ) ..
yang pernah mengajarku di sekolah agama rendah (SRA)..
sekarang beliau merupakan penyelia Kafa dan mempunyai syarikat konsultasi sndiri,,
ana diberi peluang oleh ustaz Romizi ( guru besar di tempat ana bekerja ) berjumpa sendiri face to face dengan beliau semasa sesi motivasi dan PSRA dijalankan ..
rancangan demi rancangan disusun untuk memberikan kejutan kepada beliau..
kami merancang untuk merahsiakan status ana sebagai bekas muridnya sehingga akhir sesi motivasi..
tibalah waktu yang ditungu2.. ustaz romizi mencapai microphone yang disediakan dan menyampaikan "suprise" yang dirancang sejak dari pagi lagi..

"sebenarnya, di sini ada anak murid ustaz semasa ustaz menjadi guru besar, cuma ustaz yang tidak perasan".. suasana menjadi sunyi.. mungkin semua masih menghadam kata2 dari ustaz romizi.

ustaz romizi menyuruh ana bangun untuk memperkenalkan diri kepada beliau..
beliau dengan wajah terkesima cuba mengingati wajahku.
"ah, takkan la aku ni dia ingat.. beribu-ribu murid yang dia ajar, lagipun aku bukan budak pandai.." bisik hati ana keseorangan..

ana diberi peluang untuk berucap di majlis tersebut dan cuba untuk menyingkap kembali memori-memori yang terpahat di ingatan. cuba mencuba nasib manalah tau kalau-kalau beliau ingat lagi akn diri ini..

kami berjabat tangan dan saling bermaaf-maafan..."ustaz mintak maaf.. ustaz lupe..alhamdulillah kamu dah berjaya sampai sini" kata beliau kepadaku.

mulanya semasa merahsiakan status ana, hati ini membuak-buak untuk menyatakan perkara yang sebenar kepada beliau.. kami berborak seperti orang yang sama- sama matang tanpa ada jurangnya umur.. soalan demi soalan ditujukan kepada ana kerana ana ada menyatakan yang ana ini adalah salah seorang dari mahasiswa KUIS..
soalan yang terakhir ditanyakan kepada ana " ustaz da kawin ke blom? elok kawin mude2 ni ustaz.. nanti da tue senang.." ana kaget sebentar.. " agaknya beginilah yang selalu dibualalkan oleh orang yang berada di pertengahan umur" sambil senyuman mengambil peranan mengiakan nya...

begitu terharunya ana diberi peluang dengan insan yang banyak mendidik ana secara langsung atau tidak langsung... beliau juga mencabar ana supaya mengantikan tempat beliau sebagai motivator.."akan ku jadi sepertinya!" kata hati ana yang mengidamkan kejayaan..

Dengan iringan doa dari semua pihak dan usaha yang gigih tanpa mengenal putus asa, insyaAllah akan berjaya... ^_^

..والله أعلم



ustaz mashkor A.M.N menyampaikan hadiah untuk pelajar cemerlang..



ustaz Romizi ( kanan) mengiringi ustaz Mashkor dan isteri yang ingin pulang..cuba lihat kenderaan di belakangnya.. terbakar ja..=) dulu ana ingat lagi beliau pakai proton satria ja..



Lafaz Yang Tersimpan -UNIC

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

p/s: sungguh mendalam dan syahdu maksudnya,,,
Damasutra

Seribu Bayangan

Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti

Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya henpedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya

Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina

Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa

Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi

Saturday, August 6, 2011

Cahaya Hati...

Allah engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau
Biarkan hamba Mu menangis
Karna kemurahan Mu
Karna kasih sayang Mu
Hanya bila diri Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa jiwa yang rela
Dia kekasih Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rohim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asthma Mu
Kau yang selalu terjaga
Yang memberi segala
Setiap makhluk bergantung padaMu
Dan bersujud semesta untuk Mu
Setiap wajah mendamba cinta Mu cahaya Mu..

Opick- cahaya hati..

Sunday, July 24, 2011

Tawakkal Kepada Allah

kadang-kala, kita lupa yang apa yang kita ada ni boleh ditarik balik..
walaupun sayang macam mana sekalipun..
kurangnya mensyukuri nikmat Allah..
alpa dengan kemewahan dunia..
moga dengan ingat mengingati sesama islam dapat meningkatkan iman kita..
yang penting pesan-memesan sesama kita..
itu yang semoleknya,... =)

Thursday, June 23, 2011

MUDAH ATAU SUKAR?

mudah memafkan kesalahan seseorang dan sentiasa meminta maaf dengan segera apabila membuat kesilapan terhadap manusia..
walaupun objektifnya tidak sampai, tidak mengapa..
InsyaAllah... dengan izin Allah .. batu yang keras dikenakan air akan berlekuk jua...
cuba berfikiran positive...
moga dimudahkan segalanya... Amin~~~

Thursday, May 26, 2011

KISAH MURID KESAYANGANKU..


Teringat pula kenangan bersama murid yang bernama qasrina..darjah 1 ...



qasrina ( yang memandang kamera) khusyuk mendengaq kata ustaznya .. hehe...


dia ni duduk di hadapan..
jadi segala perkara ana akan suruh dia..
sbb dia rajin.. tapi ade kerja sekolah yang dia terlepas pandang juga..
rotan tetap rotan..
hehe..
rasanya mungkin ana rapat sangat dengan anak2..
sampai masalah keluarga juga dikongsi dengan ustaznya..
xpala.. dengaq jela..
layan..
yang special dengan qasrina ni dia dapat mengetahui apa kehendak ustaznya..
sempena hari guru yang lepas,
dia telah menghadiahkan ana sebatang pen merah..
selama ini dia memerhatikan segala perbuatan dan gerak geri ana..
ana memang menghadapi masalah dengan pen yang sedia ada.. rosak tahap kritikal..hehe..
tapi terlampau malas nak p kedai bli sebatang pen baru..
dia pun mengambil keputusan menghadiahkan ustaznya pen..
dia cakap " saya tgk ustaz kesian setiap kali nak tande buku kene lame2 nak btolkan pen,, jadi saya pon blikan la.. "
ayat ini tersemat rapi dalam memoriku.....




hadiah yang diberikan berwarna coklat...



p/s: moga diberi kesempatan agar dapat bertemu kembali dengan anak2 muridku...


Wednesday, May 25, 2011

PERLUKAH AKU?


Hari ini selepas proses menambah subjek..
Ketua Jabatan menanyakan soalan,
cukup ka hanya 12 jam kredit?
aduz..
sem ni mmg ana nak relaks..
malas nak terkeja2...
sampai result pon down..
xpela... Ana serahkan sumenya padaNya,,
yang maha mengetahui..

fikiran terlayang2 pada anak2 muridku..
apakah yang mereka sedang buat..

teringin pula ana coretkan kenangan ana dengan murid2 di sini...

kisah tentang anak muriku yang bernama muhsin dan adiknya muslihah..
muhsin paling aktif di dalam kelas atau paling tepatnya paling NAKAL..
hehe..
tapi mudah dibentuk apabila disuruh dan disuruh..
sama seperti adiknya yang bersekolah sesi pagi darjah 1..
sungguh liat hendak membuat kerja sekolah,.
tetapi selepas diajar dengan cara betul dengan mudahnya mereka dapat menangkap apa yang diajar,,
sebenarnnya cara mengajar yang betul memang memainkan peranan penting dalam institusi pendidikan..
guru yang sentiasa dengan idea kreatif lebih diminati murid,,
jadi idea mestilah sentiasa dijana dan berfikir di luar kotak..

ana ni bukannya pandai ngajaq sangat...
tapi selepas pengalaman mengajaq menjadikan kita lebih memahami murid,,
jadi ,,,
kerjaya guru memang best... ^_^



rotan yang banyak berjasa kepadaku dalam mendidik anak2..hehe... banyak yang da merasainya,.,pengalaman manis bersama rotanku.. =)




muhsin bin johan... gelagatnya membuatkan ustaznya xsenang duduk..




muslihah binti johan... perlu dipujuk dalam membuat kerja sekolah.. amat sensitif dan mudah merajuk.. tetapi mudah ok balik.. =)



Tuesday, May 24, 2011

GURU BESAR PALING SEMPOI..

selama dua bulan ana berkesempatan berkenalan dengan guru besar tmpat ana mengajar..
namanya ustaz romizi berkelulusan lughah dari syria..
sikapnya yang santai membuatkan sesiapa sahaja akan selesa bila berurusan dengannya,..
lagu yang kami layan time buat kerja juga sama,,,
apa yang ana dengaq dia pon masuk ja,..
banyak kenangan manis terungkap di memori ana....
terima kasih ustaz...
kerana memberi ana peluang untuk bersama2 menjadi sebahagian keluarga sekolah walaupun sebentar....
moga Allah membalas jasamu...




gelagat ustaz ketika mengira duit sekolah... agak2 kalian berapa sumenyer ni??? ha.. teke2...




pantang nampak kamera depa ni......ishh... ishh.... buku xnak bukak..

Monday, May 23, 2011

SEMAKIN JAUH..

alhamdulillah..
akhirnya diri ini diberi kekuatan untuk melatih jari2 ini bersenam di hadapan komputer..
selama ini hanya niat tapi xdisertakan dengan perbuatan,.
memang apa2 perbuatan tidak akan berjalan dengan lancar ..
tetapi mulai hari ini InsyaAllah ana akan bercerita kembali demi menunaikan janji kepada anak2 murid..

hari ini ana akan bercerita tentang seorang anak murid yang bernama..
nur anis..
die seorang penolong ketua kelas darjah 1Mumtaz..
setiap ari kerjanya di hadapan ustaznya ialah bagi teka-teki..
berkerut juga dahi memikirkan jawapannya,,
rajin btol anak muri sorang ni...ana berkata seorang diri..
alangkah sedihnya anak murid yang sorang ni bila ustaznya akan menamatkan perkhidmatan..
ini adalah selingan dari apa yang telah dikatakan...




anis (sebelah kanan) bersama sahabatnya baru lepas menanyakan teka-teki....




surat yang diberikan semasa hari terakhir ana di sekolah...kenangan terindah buatku....



antara ayat2 yang menyayat hati... =)



harapan ana agar anak2 murid dapat menjawab soalan peperiksaan dengan penuh semangat dan cemerlang dengan jayanya,,,, semoga doaku dimakbulkan..amin....

Tuesday, March 22, 2011

PENGALAMAN BARU..

alhamdulillah..
akhirnya dengan izin Allah s.w.t. dapat jua ana mengajar..
walaupun tiada pengalaman mengajar, guru besar tetap menyerahkan tanggungjawab sebagai guru ganti kepada ana..
nak cuba yang baru katanya..
baru 2 hari ..sesi pagi dan petang...
tetapi yang terkejutnya.. semua subjek ana yang aja..
berbekalkan semangat dan keazaman..
insyaallah..
ana akan teruskan selagi mampu....
=)

Saturday, February 26, 2011

HIKMAH PADA SEGALA KEJADIAN

alhamdulillah..
akhirna ana telah berjaya dalam menghabiskan pengajian sem2.
banyak yang telah dilalui dalam masa ini..
di kala kawan yang dianggap sejati menjadi lawan..
Allah..
berat ujianMu ini..
semoga Allah melembutkan hati kami dalam mencari redhaNya..

cuti yang sedang berlangsung ini ..
tidak tahu untuk diisi dengan apa..
terasa ingin mencari kerja,
tetapi hati memberontak ingin menjadi guru di mana2..
moga Allah permudahkan urusanKu,,,,




kenangan bersama safwan di tasik kuis bersama toman yang berjaya di daratkan..

Friday, February 11, 2011

MASJID BESI


semalam ana berpeluang untuk melihat keindahan ciptaan masjid besi di putrajaya.
keadaannya tidak seperti yang ana gambarkan..
semakin dicari semakin indah..
subhanallah..
hebatnya ciptaanMu terhadap manusia..
yang bisa menjadikan material di bumi menjadi suatu tempat yang gah..
terdetik di hati ini ingin berkunjung lagi jika dipanjangkan umur....
insyaallah....



berlatar belakangkan masjid besi..







Monday, February 7, 2011

Gelincir Matahari



kenangan bersama toman di ulu yam


kekurangan diri semakin dirasai..

tatkala teringat kembali masa ya telah berlalu pergi.
adakah cukup ilmu bila keluar nanti?
hari berganti hari...
final dihadap kini..
semakin gerun kerana ceteknya ilmuku..
Allah..
tolonglah hambaMU yang lemah ini.. alpa dipertengahan jalan..
walhal betapa banyak janji yang ditaburkan..
ingatkan diriku ini ya Rabbi...


apa yang tergambar di benak fikiranku hanyalah memancing dengan sepuasnya bila habis final.. =)




p/s:
umpama memancing, perlulah sabar.. jika dapat Alhamdulillah, jika tidak anggaplah ia sebagai satu ujian..









aksi sahabatku ketika mengambil ikan keli di giant..




bekas yang menjadi pusara bagi ikan keli..

Tuesday, February 1, 2011

keheningan Pagi..



kedamaian yang dirasakan di balik tabir bilik ana..



pagi yang dingin menyemarakkan diriku..
untuk bertasbih memuji sang pencipta..
mentadbir seluruh alam dengan adil dan saksama..
Allah...
aku masih lemah ..
kurangnya mengingati diriMu...
sedangkan Engkau tidak pernah melupakan setiap hambanya...
ku berdoa agar diriku hampir dengan MU...
amin ya rabbal alamin..