Wednesday, December 30, 2009

MAKNA ISTERI YANG SOLEHAH....






Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Izinkan ana kongsi sedikit rencana dari majalah yang pernah ana baca untuk renungan bersama.

Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.

Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.

Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman.

Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.

Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.

Wallahualam. .
semoga institusi keluarga islam menjadi lebih kukuh dengan ikatan ukhuwah yang lahir dari Penciptanya... (",)

Monday, December 28, 2009

HUKUM BERPURDAH...

Alhamdulilah..

Pemakaian purdah ataupun nama lainnya ialah Niqab adalah perkara yang didalamnya terdapat khilaf dikalangan Ulama.Khilaf ini dikenali dengan nama Khilaf yang Muktabar.Khilaf yang muktabar ialah khilaf yang berlaku antara ahli ilmu yang mereka semua mempunyai dalil yang diterima di sisi kaedah penghujahan syarak atau perkara yang tiada dalil yang jelas mengenainya, atau mereka berbeza pendapat kerana ketidakjelasan dalil. Maka hukuman yang diputuskan fuqaha dalam masalah tersebut bersifat ijtihadiyyah.

Majoriti Imam mazhab, termasuklah Imam mazhab fiqh yang empat, dan yang lainnya juga - berpendapat bahawa seseorang wanita itu tidak diwajibkan menutup muka dan juga tangan. Akan tetapi, ada golongan sarjana/ulama, yang majoriti mereka daripada mazhab Hanbali, mengajar supaya wanita mestilah menutup muka(berpurdah) dan juga tangan.

Di zaman ini, antara ulama yang menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. ( mufti Saudi yang telah meninggal ) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh para ulama di Saudi. Sebelum itu ‘Abu al-‘Ala al-Maududi r.h. dalam bukunya al-Hijab juga menegaskan akan hal berpurdah ini.
Sementara yang menyatakan wajah wanita yang bukan aurat ialah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya al-Niqab li al-Marah”,dan al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang terakhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaitu Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.


Sarjana Islam terkemuka, Sheikh Iqbal Nadvi, Imam Masjid Calgary, Alberta, Kanada, dan bekas Profesor di Universiti King Saud, Arab Saudi, berkata:

Isu niqab (menutup seluruh badan termasuk muka dan tangan) adalah syarat asas dalam pemakaian hijab (pakaian wanita Islam) dalam satu mazhab, manakala niqab itu adalah bahagian yang digalakkan (disunatkan) dalam pemakaian hijab bagi mazhab lain. Tetapi apa yang telah disepakati oleh para ulama mazhab ialah menanggalkan niqab/tidak memakai niqab (iaitu dengan mendedahkan muka) atas sebab-sebab yang tulen/sebab yang bukan dibuat-buat, seperti untuk tujuan pengenalan diri dan perubatan.


justeru itu, tidak wajar untuk seseorang berkeras menganggap munkar apabila melihat seorang muslimah berpegang dengan mana-mana pendapat dalam hal ini. Namun perbincangan dan perbahasan secara ilmiah untuk mencari pendapat yang lebih rajih adalah dialu-alukan dan digalakkan.
Sehubungan itu,tidak wajarlah kita memperlekehkan atau menganggap 'TIDAK BERFAEDAH' seorang muslimah itu,apabila tidak istiqomah dalam pemakaian purdah.Lagi-lagi apabila muslimah itu hanya buka apabila berada di kelas/kuliah yang memerlukan mereka membuka niqab tersebut.Hormatilah muslimah-muslimah ini yang cuba melaksanakan sesuatu yang beliau faham dan berpegang pada salah satu pandangan ulama ini.Semua ini mereka lakukan semata-mata utk mendapat keredhaan Allah.bersangka baik itu adalah salah satu ciri orang yang beriman.


WaAllahualam...

#untuk bacaan lengkap sila baca kitab fatwa mauasirah,oleh Al-Imam Yusuf Al-Qardhawi.


minggu ini ana dilanda dengan final test . . makin pening ana sbb xprepair sangat..huhu..
dugaan...
ana habis exam pon 4.1.2009....
smoge imtihan kali ini menjadi titik yang paling manis pada ana...amin....

Wednesday, December 23, 2009

KATA HIKMAH DARI LECTURER ECO..

Dibacakan oleh miss lin malam tadi....


berjalanlah dengan penuh harapan
walau hidup ini tidak selalu bahagia
sedekahlah satu senyuman
walau di hatimu tidak lagi tertahan
belajarlah memaafkan kalau dirimu terluka
berhati2 lah memberi alasan walau ini menyatakan kebenaran
hiduplah dalam iman walau diri penuh kegelapan
dan berpeganglah pada Allah walau tidak kelihatan
bukti dan kasihnya kita wujud di dunia ini....




sungguh mendalam maksud nya... (",)



ini la ijat kawan ana yang pindah di kuin...kami gelar die raju jat2 ..hehe..


suasana sebelum ijat balik ke rumah..perjumpaan terakhir.. sdey sume...





Tuesday, December 22, 2009

HUTANGKU PADA IBU...

kekadang terasa ditusuk rasa nan gelisah
pada wajahmu yang menanggung resah
laut keringatmu yang membanting tenaga
dan getir mujahadahmu di kelelahan jiwa
dari buaianku hinggalah dewasa

kini aku terpaku dalam lelah safar kehidupan
meneguk kesusahan... ujian demi ujian
entah bilakan reda

ibu....
cuba kupendam hitam yang mencalar
semalam
tika kugamit cerah esok yang masih berbalam
dan hari-hariku ini.... yang terus-terusan mencengkam

ibu....
apakah aku terlalu
pada deritamu yang aku relakan
pada jerit batinmu yang aku pekakkan
pada sengsara jiwamu yang tak pernah ...aku belaikan
ibu.... hutang anakmu ini sudah terlalu...!!


secebis nukilan yang ana ambil dari buku bertajuk "nota hati seorang lelaki" yang memberi ana banyak kata2 yang amat berguna selain kata2 hikmah samada yang tersurat atau yang tersirat..
jadi belilah buku ini..
eh,, aiiitttt...
promote pula..
haha..
xdela..
kalau nak beli sila kanla..xrugi...
wallahuallam....


ait...!!! besaq nya baggle ustaz...


p/s: kawan ana si syamil yang secare tiba2 mengambil serban dan kaen ana untuk sesi pengembaraan ini..harap kalian mendoakan supaya sahabat ana tergolong di antara orang2 yang beriman isyaallah......

Monday, December 21, 2009



Jom Bertaaruf dengan Dakwah!

Sebelum kita mula berdakwah ni ada beberapa FAQ tentang Dakwah:

1. Apa maksud perkataan Dakwah?

Jwpn - "da'a, yad'u, da'wah" Ertinya mengajak, menyeru, memanggil, menganjurkan.

2. Siapakah mad'u (objek dakwah) kita?

Jwpn - Manusia! Tak payah kut nak pegi dakwah Jin, sebab manusia pun ramai lagi yang tak didakwahi...Tapi, kalau dah ada peluang jalan je la..

3. Kepada siapa kita dakwahkan manusia?

Jwpn - ALLAH TAALA! Bukan Aku, Bukan Persatuan, Bukan Bangsa dan lain-lain tujuan.

4. Bagaimana cara kita berdakwah?

Jwpn - Berhikmah dan Peringatan yang baik.

5. Apa tujuan utama kita berdakwah?

Jwpn - Supaya manusia mengengkari Thaghut, dan beriman kepada Allah.

6. Sampai bila kena berdakwah?

Jwpn - Hingga semua manusia keluar dari kepekatan Jahiliah menuju cahaya Islam.

Dalil-dalil

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (An Nahl 16:125)

"Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang engkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al Baqarah 2:256)

Kesimpulan;

Dakwah adalah - "mengAJAK MANUSIA kepada ALLAH TAALA, dengan HIKMAH dan PELAJARAN yang BAIK, sehingga mereka (mad'u) mengENGKARI THAGHUT dan BERIMAN kepada ALLAH, agar mereka (mad'u) KELUAR dari KEGELAPAN JAHILIAH menuju CAHAYA ISLAM."

cara dakwah yg terbaik adalah sptmana yg Rasulullah s.a.w. buat dan juga para Rasul yg sebelum Baginda s.a.w. yg juga melakukan tugas yg sama..

cuba kita menyusuri stiap seerah para Rasul terutamanya Rasulullah s.a.w.

lpstu..kita kluarkn 'ibrah(pengajaran) drpd stiap kisah2 para Rasul tersebut dgn persoalan kita..mcmana para Rasul berdakwah dengan baiknya??

walhal..Rasulullah s.a.w. sebelum diangkat menjadi Rasul pun sudah mempunyai gaya2 atau aura2 berdakwah..sehinggalah Baginda dipanggil oleh seluruh masyarakat Arab Quraisy sbg....AL-AMIN........

yang penting kalau nak berdakwah yg terbaik ni ialah....
kita "start" berdakwah jer..atau bhs mudahnya..mulakan berinteraksi dgn org laen..sehinggalah mengajak kpd bende yg baek..dan meninggalkn bende yg buruk..so tu kn dakwah..so ape yg penting?....start je...

mcmane???
dgn bg salam..bersilaturrahim..senyum..bertegur sapa..berkata baik..

dakwah ni perlukn proses yg lame dan pjg..insya Allah kalau kita istiqomah(berterusan) dan bermustamirran(berkesinambungan)..kita akan nmpk hasilnya..xpercaya???percayalah..krn ia benar..

Saturday, December 19, 2009

SYAKAFALLAH....

minggu ini ana dan sahabat2 yang len dilanda wabak sakit mate.
semuanya berlaku dengan pantas apabila ana duduk di bilik kawan2 ana yang sedang sakit mate.
wah..sakit betol xterperi ..sekarang ni pon ana masih terasa sakit nyer,,
erm..
dugaan ALlah..
dah la moto kesayangn ana terdampar ..
sbb ari tu meletop kat kuis...
wat hal tol..
da bape kali btolkan pon rosak..

tu la,..mase die sehat ana wat racing...
haha..
jangan salah anggap yer..
racing p masjid.,.
kan skrg dah rosak,,
hm..
kompom kene rtus2..
xdapat la ana balik umah minggu ni....mak ana da tanye2 bile nak balik..
kering la ana kat kuis ni...xle p mane2 ngn duit xde..adoi..
semalam satu ari blok ana xde air..dan2 malam tadi ana sakit perot..mmg terbaek la..
haha,..
berlari sejauh satu kilo ana mencari tandas..
kui3..
lawak jer...
oh yer, mnggu ni ade program...tapi ana xp sbb sakit mate..hehe..
ana p klas aritu pon pakai spek itam..sume pandang plek jer..
siap ade orang kate kat kami "ni persatuan orang bute ker?" heheh..
saba jew la..
xpe..
ade hikmah setiap pe yang terjadi..
doakan ana smoga cpat sembuh yer...
amin ya rabbal alamin.,...



time ana dan safwan berbincang tntg projek kami di makkah..hahaha..saje jer..

p/s: sepatutnyer banyak lagi gamba yang di uploadkan tapi card reader kawan ana pinjam so ana terpakse pakai gamba lame2..hehe.. (",)

Tuesday, December 15, 2009

Tujuan Hidupku...


hm...lamenyer ana xpost blog baru ni...
rase macam da lame sangat..
tapi ana sedar sape la nak bace blog ana yang xseberaper ni...

hidup di sem2 ini yang semakin ari makin bz menyebabkan ana malas untuk mengupdate blog..
sebenarnyer setiap ari ana berfikir tentang bagaimana ana nak jadi selepas ni..
ana nak teroskan IT ker atau mengejar cita2 ana nak menceburkan diri di dalam bidang agame..
hm,,,,

tapi nak menceburkan diri dalam bidang agame bkn senang..

ana perlu merayu dann memohon pada pihak jais..
hm..
dan perlu membayar kembali yuran kuis yang mahal sampai mencecah RM6000 xsampai 2 sem..
hm...
semalam sepatutnya ana mendaftar di KUIN ,,,
ana mendapat tawaran di sane dalam bidang asasi pengajian islam..
bidang yang ana idam2 kan..
tetapi ana mengenangkan yuran yang terpakse ana tanggung di kuis ni..
teringat wajah mak yang akan kecewe ngn ana..
ana bkn dari keluarge yang mampu..
dan ana terpakse melepaskannya....'
hm....
dahulu ana buat keputusan yang terburu2...
ana xde fikir buruk baek nyer ...
sekarang ni ana redha,.
dan ana akan berusehe supaye cita2 ana ke Al-Azhar akan tercapai...
insyaallah...
sekarang ini...
ana kehilangan kawan yang bersame suke dan duke ...
die telah mendaftarkan diri di kuin semalam..
mengambil degree dalam bidang usuluddin sem2..
ana berdoa supaya die selamat di sana..
ternampak wajah kesedihanyya bila meninggalkan kami tempoh hari,
lepas ni ana terpakse mengharungi liku hidup tanpa nya..
xpela,,
Allah kan masih ada lagi....
ana bole ngadu kepadaNYa..
yang penting ana akan mencapai terget ana ..
tapi bkn di kuis...
kalau xde rezeki baru ana redha di kuis..
semoga Allah memberkati segala usahaku... =)



gaya semasa di PC fair.. penat berjalan satu ape pon xbeli...hehe,,,


semoga cita2 menjadi ustaz tercapai..amin..

Friday, December 4, 2009

Poket Kering????


hm..
minggu ni Allah nak uji ana dengan kekrangan duit..
xpnah terjadi lagi sebelum ni..
ana terguna untuk wat broadband baru ...
yang lama mmg da rosak sim nyer..
ap la celcom ni...banyak tol masalah..
tapi ana masih sokong nyer kerana celcom ada lah untuk umat islam di malaysia...
ana kene gerak ke rumah kerana ingin mengambil duit "emergency"..
hehe..
sbb ptg ni ana nak g konvoi beramai2 ke Klang..
melawat akim disana..
dengaq citanya akim da sedar dan bole bercakap tetapi masih dalam keadaan lemah...Alhamdulillah...
ana bersyukur sangat...

semalam ade lecturer ana yang mengutuk GMS lagi..
ana masih xpaham kenapa GMS asyik diperkotak katikkan ..
mungkin mereke lebih rela untuk yuran kuis dinaikkan lagi..
sampaikan miss nak GMS jumpe die menghadapa dan berdebat bersamanya..cabarannya hanya tertumpu kepada GMS ..

hm..

ramai pula yang menyokong miss malam tadi..
ana hanya mampu mematikan hati tapi mendengar hujah miss dengan teliti..
supaya dapat dijadikan perbandingan..
ana sedar die adelah lecturer ekomoni but janganlah terlampau bangga dengan ilmu yang die ade selama ini..

sumenya diberikan Allah kepada hambanya yang dikehendaki..
sagi satu miss lagi suke mengajar klas pengurusan daripada klas kami..
kami rase sedih kerana keputusan kuis haritu klas pengurusan mencapai tahap yang amat memberansangkan manakala kami hampa..satu klas hancur,..

xpela miss... moge Allah memberi rahmat kepadaMu...smoge ilmu yang diberi diberkati Allah.

ya Allah..kau berilah petunjuk kpdku Ya Allah..janganlah engkau sesatkan aku selepas kau memberi nikmat...Amin..


p/s:kepada yang baru berjinak dengan blog, troskan usaha mu .. (",)


kerenah semasa berjalan di gurun sahara kuis..mase ni ana tgh msg rektor suruh ltak unte utk kemudahan..hehe...
ana tgh wat susulan tentang unte di kuis...berbaloi2...haha..


ni antare hujah2 ana, sekarang xde masalah nak park unta anda..xde pakai minyak dan mesra alam..mesti mahasiswa kuis bersetuju punye..hehe...
ana dalam dilema,nak pilih burung kasawari ke atau unte..tgk budget kuis la...

Tuesday, December 1, 2009

Kemurungan...

keadaan ana pada ari ini makin bertambah serabut..
kerana ana masih mengingatkan sesuatu perkara ini..
cukupla sekadar ana sahaja yang memahami dan memendam rasa ni..
tapi kebaikannya ana makin matang dan sabar dalam membuat sesuatu keputusan..
walaupun ketika ana merasa tertekan ana akan membuat perlbagia cara untuk melepaskanyya..
kalau difikirkan sangat ana akan mudah rendah diri dan murung sepanjang masa,..
ya Allah.. ku harap dengan dugaan ini akan melatih diriku supaya lebih dekat kepadamu..

ana memang suka bila mendengar bacaan ayat suci dibacakan kepada ana...
semalam ana telah menyuruh kenalan ana utk membacakan ayat2 dari surah kahfi utk meredakan keresahan yang sedang ana alami ini..
ternyata ianya berkesan utk mengubat penyakit2 hati terutama hati ana yang gelap ini..
walaupun berat untuk ana melepaskan tetapi ana yakin Allah mengambil sesuatu yang Dia kehendaki dan akan menggantikan dengan yang lebih baik utk hambanya yang bertaqwa..
semoga ana akan beroleh sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang..
dan semoga Allah sentiasa memberi peluang untuk sahabtku Hakim dipanjangkan umurnya..
amin..