Monday, August 23, 2010

ANDAIKU PERGI..

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

by mirwana..




sekadar gambar hiasan..

SUBHANALLAH...

hari ini ana dikejutkan lagi dengan berita pemergian rakan seperjuangan tatkala di sekolah dahulu..
rakan yang sama2 menuntut ilmu ..
arwah farid..
semoga arwah di sentiasa dicucuri rahmat..
al-Fatihah...

semakin hari semakin ana terasa dekat dengan Nya..
masih sempatkah untuk ana berbakti pada kedua ibu bapa ana?
masih sempatkah ana mengaut ilmu di bumi Allah ini..
dan yang paling penting, masih sempat kah ana beramal kepadaNya..
bersediakah ana?
persiapan harus dimulakan pada sekarang..
insyaallah...

Thursday, August 19, 2010

FINAL SEM..

terasa lama benar ana xpost entry untuk halaman berbicara ini.
mungkin banyak komitmen yang diperlukan.. (tido je lebih..hehe..)
pada ari ini bermula la imtihan yang ana paling takut..(sbb xprepair.hi3..)
doakan ana supaya diberi kekuatan menghadapinya..
oh ya.. terasa sekejap masa berlalu..
umur ana dah pun meningkat..
masa tidak akan menunggu sesiapa...
jadi hargailah masa sebaiknya..






name kucing ni nemo..cute kan gaye die..






jam tangan hadiah pemberian dari kakak tercinte.. hehe..

Wednesday, June 30, 2010

BERPESAN-PESAN...



senyum seindah suria..


arini..
ana nak cakap pendek sahaja..



sampaikanlah walaupun satu ayat..

hehe..

da lambat nak siap2 untuk berjuang ke jalan Allah,..

smoga berjaya semua... =)

Wednesday, June 16, 2010

KEKESALAN..



maafkan ana...




hari ini..
ana telah menghampakan harapan seorang teman seperjuangan..
kesilapan yang berpunca dari diri yang penuh kekhilafan ini..
walaupun telah melakukan prosedur yang betul..
maafkan ana,...

Monday, June 7, 2010

SEBUTIR MUTIARA..

pada ari sabtu yang lepas...
ana telah dijemput untuk menjadi fasilitator bagi program pembangunan insan cemerlang di sekolah kebangsaan dato' manan..
syukran kepada ukhti farhana dan semua alumni sekolah dato' manan kerana telah mepercayai ana..
program yang berlangsung selama2 ari dan berakhir semalam banyak mengajar ana bagaimana hendak melayan murid2 yang rata2 nya adalah 12 tahun..

walaupun slot muhasabah hasil idea kawan ana dan diketuai oleh ana dan yang lain tidak beberapa menjadi, tetapi ana nampak usaha yang penuh dengan dedikasi dan semangat fasi2 untuk menjayakannya..
hasilnya tidak penting tetapi yang paling penting adalah bagaimana anda melakukannya..





bersama kumpulan kami yang bernama .... lupe la plak..hehe..




LDK yang bermanafaat... (kertas xlekat2 sbb die kuat berpeluh..) hi3..


Wednesday, May 5, 2010

Doaku..





doa..
apa yang penting doa ini ?

الدعاء سلاح المؤمن

sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi umat islam..

doakan ana dapat menempuh dugaan yang Allah berikan kepada ana...