diberi nikmat lagi walaupun masih bergelumang dengan dosa
tersetting dalam fikiranku ramadhan ini akan menjadi hari yang sangat memenatkan kerana penuh dengan kelas,
tetapi andaian ini meleset sama sekali kerana penat hilang dan semakin aktif pergi ke sana sini,
cuci zaujah ( kenderaan le ) pergi kedai dan sebagainya,
menunjukkan barakahnya ramadhan bagi umat islam,
tambahan dengan sahur yang menjadikan lagi puasa anda bertambah tenaga,
dan kelas multimedia content development yang batal pada pagi ini,
bolehla mengupdate blog sebentar.. dengan muka kegirangan beserta lagu kemenangan,
menjadikan pagi ini serba kesempurnaan,
mengiringi senyuman berwarna kegemilangan. =D
yang penting, sahur sebelum pembuka hari,
seperti sabda baginda,
“Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur.” (Hadith Riwayat Ahmad)
sila baca dengan teliti..
sahur tu buka mata, jangan sahur sambil tidur, xpasal2 tersuap nasi dalam idung.. hehe..