Tuesday, June 26, 2012

BERJAYA JUA

baru sahaja sebentar tadi penulis berjaya memulakan sem ini dengan senaman ala2 fitnest di gymnasium.
alhamdulillah..
terasa terbakar lemak-lemak di perut.hehe... kurus balik pasni.

petang tadi sekali lagi penulis berpeluang menunggu bersama sahabat sejati iaitu wira.
menunggu ape?
menunggu KJ la.. ape lagi..
dekat sejam baru wira berpeluang berjumpa dengannya..

sekadar berkongsi cerita.


 penulis sabar menunggu walaupun perut semakin tersejat kerana belum diisi.. termenung memikirkan hajat di hati =)

 sang wira sangat ketakutan untuk berjumpe dengan KJ kesayangan merangkap mentor kerana ketegasan beliau..


gambar terbaru penulis yang baru selesai bertungkus lumuh menghapuskan lemak terkumpul.


Monday, June 25, 2012

MAKAN SAHAJA

sem ini makin berisi katenye..
aduh..
gemuk kan lambang kekuatan dan lambang kebahagiaan..
hehe..
dari pagi
makan
petang
makan
malam
lagi wajib makan
tengah malam
makan walaupun sedikit

ingat sem ni niat di hati nak berjoging dan pergi gym
tapi terbantut niat
kasut dah hilang
tunggu sem depan baru azam niat nak kurus
sem ni makan selagi bole
Allah...xle2...
kurus2..
kene tough sem ni..
semenjak zaujah demam.. bukan isteri ye.. motor..
da xsemangat nak p kelas..
tapi ku gagahi jua.
moga Allah ringankan bebanku...
amin~~~


 RFC (radix fried chicken) sangat sedap... xpercaya kalian try.. minggu ni mesti pergi lagi.. hehe..


gelagat aizal dalam dilema memilih joran petang tadi bersama penulis.. selepas ini sy akan pergi lagi ke tempat ni.. rambang mata.. banyak perkakas mancing..




Friday, June 22, 2012

RASA KOSONG..KOSONG.. OH..

alhamdulillah..
arini selesai juga proses meng "add drop"..
walaupun telah diberi masa 2 minggu, dan hari ini merupakan hari terakhir untuk add..
hehe.. last2 minute baru syok..

pelbagai halangan ditempuh, termasuklah merentas hutan, halangan berduri, dan lain-lain..
mende ni..

halangan terbesar yang ditempuh selama beberapa hari ialah mendapatkan tandatangan KJ.. bukan khairi jamaludin le.. ketua jabatan sebenarnya.
dengan kesibukan KJ yang terlampau sehinggakan najib pon jelez dengan kesibukannya....

"Allah mudahkan urusanku.."
setelah KJ balik mengejut sebentar tadi. perasaan hampa dan tertekan membunuh diri.
(metafora sikit..)
tiba-tiba mentor yang amat ana sayangi iaitu ustazah saadah lalu dihadapan ana..
dia memberikan cadangan supaya berjumpa dengan mana-mana dekan untuk meminta cop.
dan alhamdulillah rancangn tersebut berjaya..

dan seterusnya borang itu berjaya diserahkan dengan jayanya ke tangan pihak seksyen rekod..

selepas ini boleh la bergembira menikmati alam semesta.. 


p/s: terpengaruh dengan lagu najwa latif.. kosong.. =D



tasik kuis amat menenangkan fikiran di waktu malam.. bersama kuaci di tangan.. sangat memuaskan.



Monday, June 18, 2012

ANAK ANUGERAH ILAHI

Pada hari sabtu yang lepas, penulis berkesempatan mengikuti rombongan sekolah sebagai guru pengiring..
murid yang menyertainya terdiri daripada darjah 1,2,dan 3.
sebanyak 3 buah bas telah ditempah dan perjalanan bermula dari melawat kilang dominos pizza,kilang coklat, kilang rumput gandum dan muzium TUDM.
walaupun hanya menjadi guru pengiring tetapi ibarat menjadi bapa kepada semua murid.
semua tanggungjawab digalas oleh guru dan pelbagai amanat yang diberikan kepada diri ini daripada ibu bapa yang turut hadir seawal pagi untuk menghantar anak mereka.
"tolong jaga anak saya ye ustaz.. die ni nakal.."

sampai sahaja di sana pelbagai kerenah murid-murid ni..
tidak mengapa, sebagai persediaan dalam menghadapi situasi menjaga anak sendiri. =)

sekadar cerita biasa...



 di muzium TUDM.. berebut murid nak bergambar dengan artis.. hehe..


 senyum.... =)


 bersama anak murid kesayangan.. nur qasrina..


murid yang dihadapan saya berposing peace tu mempunyai masalah yang pelik iaitu suka mencium jaket saya,, hehe,,




Saturday, June 16, 2012

SEMANGAT SEMULA

semalam penulis berkesempatan untuk bersama adik-adik sekolah menengah teknik gombak bagi membantu fasilitator yang diketuai oleh abg aizat selaku pengarah alumni SEMTEG.
terasa cepat masa meninggalkan diri ini. sedar tidak sedar sudah 4 tahun penulis meninggalkan teknik.
soalan yang diajukan oleh fasi yang laen.. " bila nak kawen?"
soalan yang biasanya ditujukan kepada mereka yang muka matang tetapi belum mengorak langkah ke arah gerbang perkahwinan.
insyaAllah.. bila tiba masanya akan ku tunaikan sunah yang amat dituntut itu... =)

dari kejuteraan awam ke bidang usuluddin..
amat berbeza..
nikmat yang Allah beri kepadaku..
amat ku syukuri..
insyaAllah sem ini akan ku berusaha sedaya upaya.
=)



bersama sebahagian ALUMNI yang hadir..


 bersama adik taufiq..menerima hadiah penghargaan..terharu...hehe..


ait... mende ni... hoho..