Saturday, March 17, 2012

SUDAH HABIS RUPANYA




alhamdulillah...
syukur kepada Allah..
dapat juga diriku ini menghabiskan final sem ..
penat lelah semasa sem ini..
hari ini kelihatan ramainya orang beransur pulang..
tetapi apakan daya,
semangat balik kampung dalam diriku tidak menebal
terasa sama sahaja jika balik ataupun tidak..
kerana rumah yang dekat sahaja.
sedar tidak sedar sudah abis sem ni..
maka..
boleh la qada' mancing puas-puas...
nelayan full time.. hehe..



rekod terbesar..haruan bersaiz curut..hehe..



ramainye rakan-rakan di luar di sana yang telah dan bakal mendirikan rumah tangga,,
xpa...rezeki depa... 
buat yang belum, check list dulu amalan hangpa.. kalau setakat ON OFF bek muhasabah diri dulu,
termasuk diriku ini...

Sunday, March 11, 2012

PUJUKLAH HATI ANDA

hati ini terasa tidak tenang..
setiap kali memikir masalah demi masalah..

tapi..

hati ini juga yang memujuk..
gunakan zikrullah sebagai cara yang paling mudah..
tidak perlu bunuh diri, mabuk atau sebagainya..
ngadu pdNya..

jadikan nasihat seseorang sebagai perintis dalam perubahan,
sedia melakukan perubahan demi kebaikan,
tidak perlu masa yang lama dan sesuai untuk menjadi terbaik,
kerana orang lain ataupun kawan menjadi cermin kepada kita,
mungkin sahaja kita tidak nampak dengan apa yang kita buat,
baik ka, ataupun sebaliknya,
buka minda, lapangkannya, cerahkan dengan pengetahuan pencetus idea pemantapan diri


walaupun kadang2 terasa rintihan tidak didengari.
mungkin kita terasa sudah cukup mengadu dan berdoa,
lalu berputus asa dalam mengharap bantuanNya..
tapi,
sedarkah kalian..
Allah suka dengan pujuk rayu serta harapan ..
jadi,
teruskan usaha, bukan mengeluh lalu berputus asa
mukmin sejati sentiasa mengadu dan mengadu kepadaNya tanpa mengenal penat lelah,
walaupun dugaan yang datang.. 
muhasabah buat diriku yang sentiasa lemah dalam menghadapi dugaan

mati dan hidupku hanya kepadamu Ya Allah..... 

p/s : cinta manusia kadangkala membawa bahagia, kadang kala membawa derita,
cinta Allah cinta hakiki, dan selamanya hidup bahagia... 


hati yang tenang membawa kepada fikiran yang sentiasa positif.. pastikan diri anda dan diri ini diservis setiap masa dengan majlis ilmu dan ingatan kepadaNya...




Saturday, March 10, 2012

SEMAKIN JAUH ATAU DEKAT

Alhamdulillah...
masih diberi nikmat oleh Allah....

begitu sukar untuk menerima apa yang dirancang tidak menjadi...
ramai manusia yang kecundang ketika menghadapi situasi begini rupa..
tetapi ingatlah.. kesabaranmu diuji bukan ketika kamu puas mengamuk, menjerit, menangis serta menyumpah seranah...
tetapi,
kesabaranmu diuji dari detik bermulanya ujian tersebut..
ingatlah.. apa yang berlaku ada sebab yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar..
dan berpegang dengan hikmah dari perkara tersebut...
peringatan bersama terutama diriku yang sering terlupa ini...

biarlah..
jangan dikenang..
dan jangan diingat-ingat sampai terbawa di dalam mimpi..
 
tabahkan hati..
kuatkan iman..
hanya Allah tempat yang sepatutnya dan berhak untuk kita luahkan apa yang terbuku di hati..


 tanamkan sifat malu dalam diri..malu dengan dosa yang telah kita buat di dunia pinjaman dari Allah yang Maha Pemurah.. ( gambar sekadar hiasan.. kalau time makan jangan malu2 pula ye..hehe.. )






Thursday, March 8, 2012

SIKIT LAGI

Alhamdulillah... diberi kesempatan sebentar..
lagi beberapa hari akan sampai ke penghujungnya..
apa dia yang penghujungnya?

rupa-rupanya dah nak berakhir sem ni..
tinggal lagi 4 paper nak lalui..
fuh... tiap hari diisi dengan bersukan..
tanpa menghiraukan exam yang makin dekat.. hehe..
biasela... last minute baru best.. baru mencabar...
=)

perancangan apakah yang molek dilakukan cuti ini...
insyaAllah.. moga perancanganku dipermudahkan...
doa kalian diperlukan...
amin...

keluarga bahagia hati gembira.. =)

Friday, March 2, 2012

BERSEDIA KEMBALI..

Alhamdulillah.. masih diberi nikmat hidup oleh Pencipta kita Allah Subhanahu Wata'ala,,,
musim final senantiasa ditungu-tunggu..
kerana selepas selesainya final tersebut maka dengan rasminya cuti panjang akan berlansung dengan jayanya.. hehe..
insyaAllah diri ini akan berbakti kepada sekolah yang menjadi asas minatnya belajar dan mengajar...

ya Allah.. permudahkanlah segala urusanku..
terfikir sejenak siapakah yang bakal menjadi anak murid kesayanganku.. hehe.. =)

kenangan di KAFA integrasi Kg. Lindungan...