Saturday, November 26, 2011

CEBISAN AYAT

Aku ingin mencari cinta sejati yang boleh membawa aku ke jalan ilahi.
aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.
aku ingin menjadi sayap kiri kanan kepada seorang khalifah.
aku ingin menjadi pendengar kepada seorang dai'e.
aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.
aku ingin memberi cintaku kepada seorang insan yang mencintai Allah lebih dari segalanya.
InsyaAllah, aku berdoa moga kamu lah orangnya menjadi pendamping terbaik....

(",)

Thursday, November 24, 2011

BERGERAK AKTIF BEST RUPENYE

harini bermula acara yang "dinanti-nantikan" oleh semua warga KUIS..
majlis ekstival sempena konvokesyen yang bakal berlangsung sabtu dan ahad,
ana juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta untuk menjadi AJK ekstival.
walaupun tugas yang boleh dianggap tidak mencabar,
dengan semangat yang tinggi perkara yang boring terasa best..
alhamdulillah..


khalis yang sentiasa mengulo...


panas terik menjaga parking,,


lagipun boleh mendapat pengecualian daripada p ke kelas...hehe..
subjek sem ni semuanya mencabar..
ketamakan hati mengambil banyak kredit..
harapnya tidak memakan diri... amin,,,

melukis line bawang dalam kelas art in multimedia..

Monday, November 21, 2011

TAAT SEORANG ANAK

harini merupakan hari penyampaian hadiah ( ihtifal ) di sekolah.
pelbagai ragam dan kerenah manusia dapat ku amati ..
dengan murid yang sentiasa meriuhkan keadaan dan ibu bapa yang sanggup berpanas di bawah canopy..
tetapi..
hatiku tertarik dengan apa yang terjadi di hadapanku..
seorang anak murid yang berjaya mendapatkan tempat yang terbaik dalam ranking darjah 1.
teringat telatah dan pelatnya bercakap ketikaku mengajarnya..
dialah murid yang ku sayangi.

apa yang membuatkan hatiku tertarik dan bertambah yakin dengan perasaanku sendiri apabila selepas dari majlis..
kelihatan kerusi bersepah tidak tersusun dan kami sebagai guru cuba untuk mengemaskannya..
nampaknya makanan yang kami kejari dahulu kerana semua sedang menanggung kelaparan akibat dari majlis yang memenatkan..
daku cuba untuk mengajak sesiapa lagi yang terlintas di hadapanku untuk makan sekali..
guru yang lain seperti angin.. laju sahaja meluru ke arah makanan yang disediakan..
tersentak hatiku melihat murid darjah 1 PEREMPUAN bersama ayahnya sibuk mengemas baki kerusi yang banyak..
murid itu cuba untuk menolong ayahnya tetapi dia pula dimarahi..
tapi itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti,
betul kata pepatah " mana tak tumpah kuah kalau x ke nasi "
rajin yang ada pada dirinya mirip seperti ayahnya..
aku kagum dengan keluarganya berbangga kerana murid tersebut masih menghormati dan ingat semua cerita yang aku pernah ceritakan kepadanya..

coretan ini didedikasikan kepada anak muridku bernama anis.. =)

"masih tersenyum walaupun penat..kerusi di belakang anis sendiri yang susun..."






Thursday, November 17, 2011

BERSINAR KEMBALI... =)

ALHAMDULILLAH...
arini dapat jugak mengupdate blog yang tidak seberapa ni...
sudah masuk sem baru mesti la dengan azam yang baru.
harap nya dengan bekalan keazaman membuatkan kita semakin laju mengejar matlamat sebenar kehidupan..
banyak cerita yang ingin diungkapkan ..
tapi biarlah hati yang menyimpan seribu kenangan.

hatiku tergetak dan semakin kuat ..
ingin menjejakkan kaki ke bumi yang menjadi idaman semua muslim.
iaitu makkah almukarramah..
hatiku tergerak selepas seseorang teman sedang berada di sana,
setiap selitan program TV tentang haji tidak akan ku lepaskan walaupun seminit..
beberapa mimpi aku berada di hadapan ka'abah dan dalam keadaan menangis kerana dapat juga menjejakkan kaki ke sana, dan ketika itu juga bersama seorang teman,
bagiku mimpi yang amat indah dan memberi pelonjak semangat supaya aku meneruskan niatku ini,
insyaAllah dengan bantuanNya aku akan cuba usahakan supaya dapat juga pergi ke sana,
amin..

mood : tgh menunggu dengan sabar khabar haji di sana.. =)



harapan agar baitulmuslim terbina serta dipercepat dan dipermudahkan... =)